Halaman

▼

26 Mei 2010

Mati tiba-tiba

DaripadaAnas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

"Antara tanda-tanda kiamat adalah... berleluasanya mati secara tiba-tiba (mendadak)"
(Riwayat al-Tabrani dalam al-Saghir)
Hadis ini di sokong oleh beberapa data yang diperolehi dari kajian yang di jalankan di Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SCD). Statistik tersebut menunjukan bahawa:
  • Lebih kurang 325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat
  • SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru, kanser payudara dan AIDS
  • Lebih kurang 40% meninggal sendiri tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tidak dikenali. Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika penyakit jantung menyerang.
  • Jumlah kematian lelaki berbanding wanita 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tiba tiga kali ganda berbanding wanita.
Benarlah apa yang dinukilkan dalam hadis tersebut. Persoalanya adakah kita sudah bersedia andai ditakdirkan tergolong dalam golongan tersebut? Mati secara tiba-tiba tanpa sempat meminta bantuan daripada sesiapa pun. Lebih teruk andainya kita mati tanpa sempat membawa bekalan yang mencukupi dan bertaubat...


#sumber: SOLUSI isu no.17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan