Halaman

▼

22 Januari 2012

Tidak Sempat





Ya Allah, cepatnya masa berlalu..tidak sedar rupanya penggantian siang dan malam begitu pantas berlalu..pejam celik, pejam celik rupa-rupanya makin dekat dengan saat KEMATIAN..jika begitu memang benar hidup di dunia ini memang pendek! Tetapi HAIRAN jika ada yang berkata “tidak sempat..”.

Alangkah BAIKNYA jika kita:


  • Tidak sempat buat MAKSIAT kerana sibuk ibadat kepada Allah..
  • Tidak sempat MAZMUMAH singgah dalam hati kerana MAHMUDAH yang menguasai segenap ruang hati..
  • Tidak sempat terpesona dengan HARTA HARAM kerana sibuk mengumpulkan harta halal..
  • Tidak sempat MEMBAZIR kerana sibuk bersedekah..
  • Tidak sempat TERLAJAK SUBUH kerana sibuk mengejar KEBERKATAN bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing..
  • Tidak sempat MENSIA-SIAKAN MASA kerana sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah..
  • Tidak sempat BERBUAT JAHAT kepada manusia dan makhluk lain kerana sibuk menyebarkan KASIH SAYANG..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan