QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
23 Mei 2010

ciri-ciri pakaian yang di tuntut

Pakaian adalah pelengkap kepada penutupan aurat. Oleh itu, sama ada kaum lelaki atau kaum wanita telah diperintahkan supaya menutup aurat mereka dengan berpakaian dan hijab. sifat-sifat pakaian perlulah dititikberatkan di dalam kehidupan orang Muslim yang soleh dan solehah.


antara ciri-cirinya:

menutup aurat


tidak terlalu nipis sehingga menampakan bentuk tubuh badan

sabda Rasulullah SAW yg bmaksud
"pada akhir umatku nanti akan datang wanita2 yg bpakaian namun hakikatnya telanjang. di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta) . kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yg terkutuk"

di dalam hadis lain ada menyebutkan bhw:
"mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga mencium harumnya meskipun bau syurga itu dapat di cium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian"


tidak terlalu sempit atau ketat dan haruslah dapat menutupi bahagian tubuh yang berupaya merangsang nafsu lelaki yang melihatnya pakaian biasa yang lazimnya tidak di pakai sebagai perhiasan, tidak berwarna cerah, ttp harus bwarna gelap (hitam atau kelabu) sehingga tidak merangsang lelaki yang melihatnya. di dalam tafsir Ibnu Katsir, pakaian wanita ketika mereka keluar dari rumah pada zaman Rasulullah SAW adalah berwarna hitam. justeru itu, apa yang dimaksudkan dgn hijab adalah mengenakan jilbab bertujuan untuk menutup perhiasan wanita. bahkan, suatu yg tidak masuk akal apabila jilbab digunakan sebagai fungsi yang lain iaitu untuk perhiasan menunjuk-nunjuk, seperti yg kita lihat dan saksikan pada hari ini. tabarruj juga merupakan satu amalan yang dimurkai Allah SWT dan pelakunya dimurkai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yg bmaksud
"saya melihat neraka dan lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita"

dalam hadis lain baginda bersabda
"ada 3 golongan yg tidak akan ditanya, iaitu sorg lelaki yg meninggalkan jemaah atau menderhakai imamnya serta meninggal dalam keadaan derhaka, seorg hamba wanita ataupun lelaki yg melarikan diri dari tuannya lalu ia mati, serta seorg wanita yg ditinggal pergi suamunya, padahal suaminya telah mencukupi segala leperluan duniawinya, namun setelah itu ia bertabarruj. ketiganya tidak akan ditanya"


tidak menyerupai lelaki
dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah SAW melakhnat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki"


tidak memakai pakaian yg menyerupai wanita kafir
rasulullah SAW bersabda yg bmaksud:
"barangsiapa yg menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan itu"


tidak memakai wangian yg blebih-lebihan
dari Abu Musa al Asya'ari r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bmaksud,
"siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapatkan baunya, maka ia adalah penzina"




#sumber: "bila zina menjadi budaya" dalam bab adab berpakaian#

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail