QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
20 Ogos 2009

ELAKKAN MAKSIAT DAN PERKARA SIA-SIA


Kehadiran Ramadan membawa seribu rahmat dan inayah Allah, bulan keberkatan dan keampunan. Masuklah 'Akademi Ramadan” dengan penuh keimanan dan rasa rendah diri sebagai insan daif yang mengharap redha Allah.


Pesan Rasulullah: “Dialah (Ramadan) suatu bulan pada permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan di akhirnya pembebasan daripada api neraka”. Beruntunglah orang yang dapat menghayati dengan baik kandungan hadis ini dan amat malang sekiranya disia-siakan sahaja peluang sebegini. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah, betapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga. imam Al- Ghazali telah berpesan, untuk mencapai ibadah puasa seperti yang dikehendak Allah kita perlu:

  1. Menahan pandangan daripada melihat perkara yang boleh menarik hawa nafsu kerana Nabi s.a.w bersabda dengan maksud “Sesiapa yang menundukkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah akan menganugerahkan kemanisan iman ke dalam hatinya.
  2. Menjaga lidah daripada bercakap perkataan sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji dan seumpamanya. Seharusnya semasa berpuasa kita berdiam diri, memperbanyakkan zikir di waktu lapang serta membaca Al- Quran. Nabi s.a.w bersabda : Dua perkara yang boleh merosakkan puasa iaitu mengumpat dan berbohong.
  3. Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata yang tidak baik kerana Nabi s.a.w bersabda “Yang mengumpat dan yang mendengar sama-sama mendapat dosa dengan si pengumpat dan si pendengar ”.
  4. Mencegah anggota badan yang lain daripada perbuatan dosa seperti mencegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan makanan yang syubhat dan haram.
  5. Tidak berlebihan semasa berbuka sehingga perut dipenuhi makanan dan minuman. Sebaik-baiknya perut diisi dengan 1/3 bahagian dengan air. 1/3 diisi dengan makanan dan 1/3 lagi digunakan untuk ruang pernafasan.
  6. Manakala hati merasa cemas (khauf) dan mengharap (raja’) kepada Allah. Takut puasa tidak diterima oleh Allah dan mengharapkan rahmat Allah, agar menerima segala kekurangan puasa kita.


Berpuasa bererti kita membataskan kehendak demi menjunjung perintah Allah. Ibnu Qayyim berkata, "Orang yang berpuasa itu sebenarnya tidak melakukan sesuatu apa pun. Ia hanya meninggalkan pekerjaan demi Tuhannya iaitu meninggalkan segala perkara yang disukainya dan pelbagai kenikmatan demi mencapai cinta dan redha Allah s.w.t”.


Jika puasa kita dengan erti kita meninggalkan perkara yang harus dilakukan sebelum ini seperti makan dan minum di siang hari, maka tentulah lebih utama kita meninggalkan segala perkara maksiat dan dosa, kerana perkara maksiat itu ditegah oleh Allah sama ada dalam bulan Ramadan ataupun di luar bulan Ramadan, pada siang hari ataupun malam.


Jadikanlah bulan Ramadan dan juga ibadat puasa sebagai benteng yang menghalang kita
daripada melakukan sebarang dosa

Updates Melalui E-Mail