QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
19 Julai 2010

Al-Fatihah buatmu..

Bismilllahirahmanirahim..dengan izin-NYA dapat diri ini menulis lagi. Di kesempatan ini, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat salah seorang sahabat PMH yang telah kembali ke rahmatullah akibat demam denggi semalam. Pada perjumpaan persatuan PMH yang lepas (16.Julai 2010) arwah di fahamkan tengah bertarung dengan ajal. Namun semalam(18 July 2010) arwah telah pergi menghadap Sang Pencipta . Walaupun tidak mengenali arwah, namun kehilangannya dapat di rasai bagi teman-teman rapatnya… sahabat PMH amat terasa akan kehilangannya… Namun Allah lebih menyayanginya…Semoga allahyarham di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang soleh..Amin




Anis Amirah,
Namamu indah bak indahnya akhlakmu
Hidupmu kau hiasi dengan dakwah
Hingga dirimu amat di senangi semua orang

Namun takdir-Nya,
Kau pergi dulu meninggalkan kami…
Hujan rintik-rintik mengiringi jenazahmu ke pusara
Seperti menangisi pemergianmu..
dan ia menjadi saksi bukti gugurnya seorang lagi mujahidah Islam

Ya Allah, sungguh diri ini tidak pernah mengenalinya
Namun ikatan ukhwah yang terjalin dalam masa yang singkat ini
menjadikan aku mengenalinya sebagai seorang mujahidah Islam

Doaku dan sahabat-sahabat yang lain,
Semoga rohmu di tempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh
Berehatlah di sana, kerana kami juga akan menyusulmu nanti.


Al-Fatihah….


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail