Dalam seminggu ni, banyak sangat kemalangan jalan raya yang berlaku di depan mata aku. Ada yang sampai meragut nyawa. ( innalillahi wainnalillahi ro jiuun )., ada yang meragut semangat.
Terkenang kembali peristiwa pada 11 Oktober 2014 yang lepas. Satu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan tiga buah kenderaan. Hilux, Proton Saga dan Produa Myvi. Dan aku adalah antara salah seorang yang ALLAH pilih untuk merasai situasi ketika itu. Seperti tiada harapan untuk lepaskan diri apabila sebuah kereta terundur dengan tiba-tiba dari sebuah pondok pengawal di sebelah kiri jalan. Aku berada di lorong laju pada ketika itu. Sebuah Hilux berada di belakangku dengan dengan jarak yang sangat rapat. Sebelah kanan pula sebuah longkang besar.
Aku tahu, aku tak mungkin akan terlepas. Andai aku pilih untuk menekan break untuk mengelak kereta yang tiba-tiba terundur, mungkin aku akan dirempuh teruk oleh Hilix dari arah belakang. Andai aku menekan pedal minyak, aku akan dirempuh dari kiri. Andai aku memusingkan stering ke sebelah kanan, aku pasti akan jatuh ke dalam longkang besar... Aku tiada pilihan.. Aku tidak dapat berfikir. Aku cuba menekan break. Tetapi seperti ada sesuatu yang meletakkan kakiku kekal di pedal minyak. Tanganku pula tidak membelok ke kiri mahupun kanan. Aku pasrah.... Akhirnya keretaku dirempuh dari kiri...
Memang benar.. kita tak akan dapat membuat pilihan dan berfikir dengan baik ketika itu. Mengimbas detik-detik peristiwa itu berlaku, sungguh aku bersyukur kerana masih lagi bernafas pada hari ini.
Benarlah ajal itu akan datang secara tiba-tiba. Malaikat tak akan datang bertanya kepada kita sama ada bersedia atau belum untuk dipanggil menghadapNya. Sama-samalah kita berdoa agar mati dalam husnul khotimah. Dapat masuk ke syurga Allah dengan rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Aamiin..
0 tautan:
Catat Ulasan