QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
11 November 2008

..::selayang pandang::..

Anakku,

Tahukah kau,

Betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu

Biarpun tempoh menanti jerit tangis itu

bergelut dengan kudrat dan nyawa

namun ibu bangga

kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat

yang sekian lama di nanti

anakku,

Terasa baru semalam ibu mendodoimu

Meriba, dan menyusuimu,

Bagaikan baru kelmarin kau berlari lari anak

belajar bercakap,

merengek minta di belai,

di suap nasi ke mulut

hingga ibu lupa

rupanya anak ibu dah besar panjang pun

Pejam celik pejam celik

dah tiba masanya kita berpisah buat seketika

Dan ingatlah anaku sayang

Pergimu bukan bererti engkau lepas bebas

Tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan

menunaikan impian semua

Ingat anaku,

Kita bukan orang senang

ibu takde harta utk di tinggalkan

kecuali ilmu yang kau ada

Ibu dah bekalkan kau dengan agama

amalkan lah setiap masa

buatlah apa yang di suruh

tinggalkan apa yang di tegah


Pesan ibu,

jangan kau bazirkan masa dengan perkara yg bukan2

jangan ikut keletah rakan-rakan

gunakanlah peluang ini

kerana ia datang hanya sekali

dan ketika ia kembali

ibu dapat bayangkan

betapa bahagianya hidup ini

betapa ringanya bebanan

bila kau datang membantu adik2 yang masih bersekolah

dan pasti ketika itu

kita dah tak tinggal lg di rumah usang

biarpun masanya masih panjang lagi

tapi ibu sentiasa mendoakan

ianya menjadi kenyataan

biarpun ibu di sini

masih bermain lumpur

bermandikan getah,

untuk menyara mu

tapi ibu berharap sangat

janganlah siakan keringat ibumu yang mengharap


p/s: ingatlah apa tujuan kita ke sini

2 tautan:

Episod Sebuah Perjuangan berkata...

setiap kita mampu menyatakan , tapi tak semua kita mampu memahami kn...fahami hati mu sebelum ko memahamin hati org lain....

Qabsah Anisah berkata...

to sinar pejuangmu:
tq....ku x pernah minta di fahami dan tak perna akan memahami hati org lain melainkn ada sebab2 tertentu....dan bukan sebb peribadi....

di pendekan cerita, sama2 lah beringat... tak ada yang sempurna di dunia ini....sama2lah memberi dan mendengar nasihat org lain....ssghnya Allah menciptakan kita semua ada sebb2 nya.....

mungkin anda lebih mengetahui....w/hu'alam...

Updates Melalui E-Mail