man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid
Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”
maaf ..hadis ni tak pasti sahih atau dhaif..tapi cuma jadikan ianya sebagai satu kalimah bagi memperingati diri kita sebagai muslimah dan jadikan ianya semangat untuk diri kita terus menjadi mujahidah...amin...mari la kita sama-sama muhasabah cinta.
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...
jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...Janji Allah itu pasti!!! yakinlah kita pada Allah yang Maha Esa
1 tautan:
Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah. dipertanggungjawabkan bagi orang beriman lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan, kerana pandangan kedua yang menyusul setelah pandangan pertama sudah bukan hak kita.
namun, mengetahui fitrah, nafsu dan kesilapan manusia terutamanya anak muda yang sukar untuk tidak melihat orang yang disukai,dengan kesilapan yang menumbuhkan perasaan cinta, masih Allah memberi peluang iaitu rasa sakit menahan cinta yang dihadapi dengan iffah (pembersihan hati) dapat mengampunkan dosa, malah menurut hadis yang masih tidak dipasti sanadnya itu menyatakan mati dalam menahan perasaan cinta adalah mati syahid. jika hadis dhaif sekalipun, masih dapat menggambarkan betapa besar pahala disebalik mengorbankan perasaan cinta kerana takutkan Allah.
semoga peristiwa-peristiwa ini dapat memperbaiki kelemahan kita. setelah melalui mujahadah menahan perasaan, tujuannya bukan untuk memandang lagi dengan menganggap akan mudah mengorbankan perasaan, tapi, insyaAllah semoga dapat capai tahap menundukkan pandangan, kerana sudah arif dengan perasaan sakit di sebalik cinta yang hakikatnya palsu.
jika berani ingkar perintah Allah sekalipun, menuruti nafsu cinta-cintaan dan bermaksiat, berzina... semakin jauh cinta diikutkan, akhirnya akan semakin menyakitkan hati apabila fitrah cinta menampakkan realiti iaitu; tiada cinta yang kekal, akhirnya tetap samaada hilang, pergi, khianat atau mati. naudzubillah, keadaan semakin teruk bila tidak bertaubat dan dicampakkan ke neraka. semoga Allah memelihara kita.
kerana itu Allah membimbing hamba-Nya melalui syariat; agar mereka tidak menderita berpanjangan di dunia dan akhirat. semoga Allah memberi kita kebahagiaan. Amin.
Catat Ulasan