QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
16 Oktober 2010

Diari : menghitung hari yang berbaki

Entah mengapa hati ini terkadang sebak bila bersendirian.  Ku amati persekitaranku sekarang ni. Saat ini akan berlalu tak lama lagi.  Begitulah indahnya bila ukhwah yang terjalin atas dasar kerana ALLAH.  Kerana ALLAH aku memilih UiTM berbanding USM 2 tahun yang lepas.  Aku redha dengan segala apa yang terjadi sepanjang aku berada di bumi UiTM ini.  


Andainya aku memilih USM, pasti kasih sayang terhadap sahabat-sahabat yang aku ada sekarang ini tidak akan terpahat jauh ke dalam hatiku.  Namun perancangan ALLAH itu lebih baik dari apa yang aku rancangkan.  Aku bertemu mereka di dalam satu perjuangan menuntut ilmu.  Bersama-sama kami menempuhi tempoh 2 setengah tahun ini.  Alhamdulillah, masanya dah hampir tamat.  Namun aku makin sebak.. kerana pertemuan ini telah dilamar oleh perpisahan dan tarikhnya telah ditetapkan.. Saatnya yang pasti akan tiba. seperti  tibanya saat kematian itu nanti.


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail