QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
2 Oktober 2010

Diari : Minggu matematik 2010

alhamdulillah, hari ini merupakan hari kemuncak dan hari yang di nanti-nantikan oleh seluruh pelajar UiTM.  Sudah seminggu Fakulti Sains Komputer dan Matematik mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, dan banyak lagi.

Dalam saat-saat terakhir kami pula menjadi ajk tambahan.  Tapi alhamdulillah.  Kerana masih mampu memberi sumbangan terakhir agaknya untuk FSKM.  Seronok juga bila dapat menjadi fasilitator kepada adik-adik tahun lima ni.  Bijak-bijak belaka..  Walaupun keadaan dalam DK1 sedikit kelam kabut akibat faktor-faktor tertentu, namun itulah yang harus di terima semua.  Tak ada yang sempurna.  Begitu jugala majlis sebegini.

Cuma apa yang kami terkilan selaku senior, jnior macam hilang rasa hormat kepada kami.  Menjeling-jeling ke arah kami.  Kenapa ye?  Adakah kami hanya AJK tambahan? Padahal baru part 2 agaknya..  entahlah.. Takpelah kami redha.  Aku cuma berharap agar di masa akan datang para jnior hormatlah kepada senior.  Kami bukannya hendak di julang tinggi sangat.  Tapi cukuplah dengan memberi senyuman.  Hati-hati ini pasti akan senang.  

Semoga aku dan adik-adik semua dapat mengambil iktibar.  Kerana suatu hari nanti adik-adik pun akan jadi senior macam kami.  Dan ketika itulah adik-adik akan merasakan seperti kakak-kakak ini alami andai ada adik-adik yang tak hormat dengan kita.

Maafkanku andai ada menyinggung perasaan sesiapa.  Semoga Rahmat dan Hidayah ALLAH mengiringi kita semua. amin


...::  Dalam Kenangan 2010 ::..







0 tautan:

Updates Melalui E-Mail