QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
27 Disember 2010

Harapan daripada kematian

Andai mula menyedari kematian itu suatu yang pasti, bergeraklah untuk menyediakan bekalan untuk kemudian hari. Agar ia menjadi ‘santapan’ untuk kehidupan abadi di sana nanti. Mereka yang telah pergi, tidak akan kembali lagi. Hanya kita yang masih menghuni dunia, punya janji dan amanah untuk dipenuhi. Ambillah iktibar dan pengajaran selagi masih ada ruang untuk bernafas dalam kehidupan.

Segala yang ditinggalkan semalam, sudah tersimpan dalam lipatan kenangan. Jauhkan angan-angan yang merosakkan dan kembalilah menjejaki kenyataan. Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk kita persia-siakan. Insaflah, walau semalam kita bergelumang dengan kemaksiatan, namun masih ada saat dan hari ini untuk dimanfaatkan. Juga harapan hari esok untuk menjadi mukmin beriman. Justeru, cukuplah kematian itu sebagai perinagtan.

Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan) , tidaklah dapat mereka mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukannya-surah an-Nahl:61



0 tautan:

Updates Melalui E-Mail