QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
6 Januari 2011

Diari : harapan

Allah swt memang meletakkan kita ditempat kesusahan kerana Allah sayangkan kita……….Jangan impikan kita akan diberikan masa yang kosong dengan kesenangan….







Ya ALLAH,
Apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
Daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku
Mencintai apa yang Engkau cintai,
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
Daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredhaan untukku
Dalam mencintai apa yang Engkau cintai…..

Aku tak ingin dipandang cantik oleh lelaki,
Biarlah aku cantik dimataMU
Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki
Sedangkan aku hanya menjadi milikMU seorang
Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,
Bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu
Seolah-olah aku ini barang yang dimiliki sesuka hati….

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet
Dalam memilih pasangan,
Siapalah diriku untuk memilih berlian
Sedangkan aku hanyalah sebutir pasir
Yang bisa wujud dimana-mana

Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain
Dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga
Memimpinku ke arah tuju yang satu…

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf as
Yang mampu mendebarkan jutaan gadis
Untuk membuatku terpikat,

Andainya kaulah jodohku yang tertulis diLuh Mahfuz,
ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih
Didalam hatiku jua hatimu pertama kali kita berpandangan
Itulah janji ALLAH.

Akan tetapi,
Selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
Selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu padaku
Kerana kau masih tidak mempunyai hak
Untuk berbuat begitu….

Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu
Kerana dengan mencintai ALLAH
Kau akan mencintaiku keranaNYA
Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan
Kita kembali di syurga….

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia
Cukuplah dengan kesenangan yang telah
Diberikan oleh ibubapaku,
Biarlah kita hidup dibawah jaminan ALLAH sepenuhnya,
Itu lebih bermakna bagiku….

Pintaku ya ALLAH,
Berikan aku petunjuk dan hidayahMU
Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintaiMU
Hadirkanlah seorang putera agama pilihanMU
Untuk bersama denganku menggapai
Redha dan cintaMu

Jangan biarkan maksiat mencemarkan
Kesucian yang dibina…..
Peliharalah cintaku dengan payung rahmatMU
Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi
Didestinasi syurga Firdausi….

Amin…

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail