QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
30 Julai 2011

Ramadhan: Hadirnya dirindui, Perginya ditangisi


“Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. 
Para Mu’min Merindui Kedatanganmu”

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwa raga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. 

Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. 

Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: 

           “Amin, amin, amin”. 

Para sahabat bertanya: 

            “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” 

(Riwayat Imam Al-Bukhari).


Di sini, aku ingin berkongsi sesuatu.. Sempena  bulan Ramdhan yang bakal menjelang tiba, ada benda yang aku rasa terbaik nak kongsi dengan pembaca semua.   Ada satu checklist  yang sesuai sempena bulan Ramadhan dan ia dipanggil Ramadhan Self Improvement Checklist. Jika berminat, boleh di download di sini

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail