WANITA BERTUDUNG..
Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya MULIA? Walau bertudung labuh janganlah menganggap dirimu HEBAT, maksum atau mulia..jangan kamu RIAK dan UJUB..janganlah berfikir bahawa orang lain tidak setaraf, jangan kamu rasa dirimu sudah mendapat tiket ke SYURGA..
Lupakah? Bahawa IBADAT dan AMALAN yang kamu kumpul tidak bererti apa-apa jika NIATMU bukan kerana Allah..niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kamu akan MALU tertunduk di depan Allah kelak..SIA-SIA sahaja..
WANITA TIDAK BERTUDUNG..
Dan siapalah kamu si perempuan "pendedah aurat" yang merasa dirimu akan SELAMAT? Yang mahu bergantung harap pada SYAFAAT Nabi..yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah..yang BERANGAN-ANGAN akan syurga tetapi enggan patuh..jangan kamu fikir Allah mahu MEMANDANG sifat baikmu jika arahan dan hakNya kamu ketepikan, usah kamu mimpi dan angkuh..
Siapakah kamu si tudung labuh dan si pendedah aurat? Janganlah mudah kamu FIKIR akan SELAMAT selagi kamu tidak menganggap DUNIA ini PENJARA buatmu..
Sedih dan sebak kerana ada umat ISLAM, masih MEMPERTIKAIKAN mengapa perlu MENUTUP AURAT..mengapa pertikaikan SURUHAN ALLAH? Ada yang menyatakan apa yang mereka memakai biarlah mereka yang akan menanggung DOSA mereka sendiri…inilah bahana seandainya HATI telah KOTOR dan TERTUTUP dari menerima NUR dari ALLAH...ada yang berkata, “kami pakai pakaian yang sangat sopan dan selesa, sesuai dengan kehendak kami”.
>>> Persoalannya adakah SESUAI dengan matlamat seorang MUSLIMAH? Jika dilihat, terdedah sana terdedah sini..nampak segalanya yang tidak boleh dilihat oleh orang lain..ingatlah, bersih BELUM tentu SUCI, tapi SUCI semestinya BERSIH..tanda-tanda akhir ZAMAN semakin banyak dan semakin dekat dengan KITA sebenarnya, cuma kadangkala kita LEKA, LALAI, ALPA dan SERING LUPA…muhasabah diri dan tanya IMAN kita kembali..
1 tautan:
assalamualaikum.. mohon izin utk copy ya..
Catat Ulasan