QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
11 September 2011

Dirimu umpama bunga yang menawan

  
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan..
Wanita muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tidak ternilai harganya..
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut..

Namun tentunya tak sembarang orang berhak meraihnya, menghirup madunya.
Hanya yang dia yang benar-benar terpilih yang dapat memetiknya..
Yang dapat meraih pesonanya..

Dengan harga mahal yang teramat suci..
Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..
Kerana itu sebelum saatmu tiba..

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..
Janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya..
Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..
Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..
Atas nama taaruf atas nama cinta..

Kau tahu saudariku,  jika seseorang jatuh cinta..
Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..
Dan menutup semua mata hati dan fikirannya..
Membuat seseorang lupa akan prinsipnya..
Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..
Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..
Membuat seseorang itu lupa tentang batasan pergaulan ikhwan dan akhwat..
Membuat seseorang serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..
Membuat orang tersebut lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..

  

Saudariku,
Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya.
Oleh itu, jika engkau mula menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh.  Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh. Tanam rumput beracun disekelilingnya. Pasang semak berduri di pintu-pintunya.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa, kaum muslimin. Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..

Yakinlah bahawa yang digariskan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita..
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuat kita merasa bahagia..

Kerana Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri. Dialah yang paling menyayangi kita. Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita. Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita.. icon smile Wanita Muslimah Laksana Bunga Yang Menawan…

    Ya Allah..

    Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..
    Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
    Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
    Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
    Yang baik akhlaknya..
    Yang menerima kami apa seadanya..
    Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
    Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..

    Kabulkan, Ya Allah..

1 tautan:

Qaseh Syahadah berkata...

assALAMMualaikum uKhTI...mInta IzIn share ea..buat pEnGISIan uNTuK WANita Biasa Ini..

Updates Melalui E-Mail