QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
10 Februari 2012

Mulianya tugasmu



Aku memikirkan, mampukah aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik? Lama aku berfikir. Merenung sejenak apakah yang akan berlaku andai aku menjadi seorang tenaga pengajar yang bakal memberi titipan ilmah kepada para pelajar. Yang mana aku mencurahkan sedikit ilmu yang Allah kurniakan ini kepada mereka yang memerlukan gagasan ilmu Allah taala ini.

Sungguh, sebenarnya aku rasa seperti tidak layak sahaja untuk mengatakan bahawa aku mampu untuk menjadi seorang guru. Ya benar. Pabila aku terlalu memberi tumpuan kepada tugas dan skop seorang guru yang sebenarnya bukanlah hanya fokus kepada sesi pengajaran, bahkan lebih dari itu. Aku jadi gementar.

Namun begitu, Allah taala itu lebih Mengetahui hendakNya. Jelas di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, firman Allah:

“…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”


Makanya, aku tidak harus mengatakan tidak pada perkara yang sebenarnya mampu aku lakukan.

Mulianya tugas seorang guru itu bukanlah kerana mereka mencurahkan ilmu semata. Bukanlah jua kerana mereka ini tergolong di dalam kelompok ‘cikgu’. Dan bukan juga disebabkan oleh cara penyampaian semasa di dalam kelas. Tetapi mulianya seorang guru (atau apa sahaja status yang berkaitan dengan pengajaran) adalah kerana cara dia mendidik anak muridnya sehingga benar-benar beroleh kejayaan.




Pendidik.

Asas didikan seseorang selalunya bermula di rumah, bukan? Maka itulah sandaran seorang pendidik.

Seorang pendidik mestilah tahu tanggungjawabnya sangat berat. Memberi didikan itu adakah sesuatu yang mudah dan senang? Orang kata, take it easy. Tidak bagi aku. Kerana ia suatu amanah yang serius dan selalu terlepas pandang.

Mata masyarakat kini selalu mengiakan bahawa seorang pendidik harus punyai sikap tegas, punyai akhlak dan budi pekerti tinggi. Jiwa seorang pendidik harus benar-benar menunjukkan sikap pekerti mulia, barulah ada rasa saling menghormati di antara pelajar dan pendidik. Kalian, benarkah begitu?

Seorang ibu merupakan seorang pendidik. Seorang ayah yang inginkan anak-anak berjaya juga merupakan seorang pendidik. Justeru, apakah perlakuan yang diperlukan oleh seorang pendidik terutamanya apabila kita ini mendidik anak-anak dengan corak pemikiran dan budaya yang negatif dan barangkali jua songsang? Muliakah dia sebagai pendidik? Ataupun layakkah dia mendidik sedangkan dirinya jua tidak terdidik?

Terkadang aku keliru dengan pandangan sesetengah masyarakat yang sangat mementingkan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Sesetengah ibu bapa menganggap bahawa anak-anak harus cemerlang di dalam pelajaran dan tidak perlu ambil mudah dengan persekitaran. Anak-anak mereka diberi penekanan untuk belajar siang dan malam sehingga terlupa untuk memberi kebebasan untuk bergerak. Hal ini pastinya akan menimbulkan konflik di dalam diri anak-anak itu yang kemudiannya sukar untuk dijangka apa yang akan berlaku kelak.

Di dalam hal ini, sudah pasti ibu bapa sebagai pendidik harus bijak untuk mengendalikan time management anak-anak. Ya. Pengurusan masa.

Berikan ruang untuk anak-anak bermain bersama rakan-rakan. Tidak perlu untuk menyekat keinginan dan bakat anak-anak yang sedia terserlah. Kerana berkemungkinan sahaja dengan bakat yang ada itulah yang menjadi kejayaan buatnya.

Aku melihat didikan agama itu sangat penting. Tidak kiralah bangsa dan agama apa sekalipun. Agama itu yang pertama dan wajib dititikberatkan. Memandangkan putaran dunia sudah berubah, yang manis rasa tawar, yang pahit rasa masam. Begitulah yang diibaratkan dengan dunia berteknologi ini. Berputar belit.

Perihal agama dianggap remeh. Persoalannya, apakah ibu bapa merasakan didikan berteraskan agama itu suatu kesalahan sehingga mengakibatkan anak-anak kecundang dalam penghidupan di dunia ini? Sangat aku kecewa dengan pemikiran liberal seperti itu.

Padahalnya, bukankah pendidikan agama sebagai tunjang kepada pembentukan sahsiah diri individu?

Lantaran itu, ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah pengajian agama. Samada di sekolah rendah agama ataupun sekolah menengah agama. Yang pentingnya, anak-anak diberi penekanan untuk tahu dan kenal asas fardhu ain dan fardhu kifayah.



Wanita dan pendidik.

Wanita atau perempuan ini sebenarnya lebih dekat di hati kanak-kanak. Manakan tidak, sifat semulajadi seorang wanita yang lembut, penyayang, dan mengambil berat itu lebih cenderung untuk menjadi seorang pendidik. Khasnya kepada anak-anak.

Justeru itu kalau kita boleh lihat, rata-rata profesion guru di Malaysia ini ramainya adalah spesies XY (female). Dan kalau kita tengok di tadika,tabika atau taska untuk anak-anak kecil memulakan pembelajaran, guru-gurunya adalah wanita. Lagi pula, kalau seorang wanita itu sudah pun mejadi seorang ibu, maka naluri keibuan itu makin terserlah. Makin menunjukkan tahap kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. 

Itulah kehebatan ciptaan Allah s.w.t. kepada kaum Hawa.

Namun begitu, tidalah bermaksud kaum Adam tidak berkebolehan dalam menjadi seorang pendidik tegar. Bisa saja. Cumanya, wanita itu sifatnya cenderung untuk mendidik. Mereka itu lebih sedikit di dalam bab-bab pendidikan.


Begitulah asam garam kehidupan. Punya rencah yang berbeza. Punya metode yang bercampur aduk. Punya kelazatan dan kemanisan. Barulah terhasil resipi yang menarik!

2 tautan:

CHE ROSSLI berkata...

Ilmu yang baik kita berikan bila digunakan selepas kematian kita pun, pahala itu berganda2. Besarnya ilmu dari seorang guru. selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Allah bersama kamu

Qabsah Anisah berkata...

insyaALLAH ...semoga dpermudahkan segala urusan..aminn

Updates Melalui E-Mail