QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
3 Februari 2012

Perisian || Arabic Pad


Walaupun saya bukan seorang pelajar dalam jurusan agama, tapi saya amat meminati bidang ini. Namun  masalah yang kerap dihadapi adalah tidak pandai atau kurang cekap di dalam menaip tulisan jawi mahupun  bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab dengan menggunakan komputer.


Alhmadulillah, baru-baru ini, tanpa disengajakan saya telah menemui sebuah perisian  yang mampu memudahkan kerja di dalam permasalahan ini. Perisian yang dimaksudkan ialah Arabic Pad. Dengan perisian ini, kita tak perlu lagi membeli sticker khas “tulisan Jawi”, sebaliknya kita boleh terus menggunakan keybord bertulisan rumi yang sedia ada pada komputer kita. 


Perisian ini hampir serupa dengan perisian Microsoft Word iaitu kita boleh memilih pelbagai tulisan dan menukar saiz tulisan. Kalau mahu menulis Jawi pada perisian Microsoft lain seperti Microsoft Power Point, kita boleh copy tulisan kita daripada Arabic Pad, lalu kita paste pada Microsoft Power Point. Dan begitulah juga jika kita ingin menulis Jawi pada perisian lain, mahupun blog.


Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh download dengan mengklik LINK ini.

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail