QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teladan. Papar semua catatan
20 November 2013

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...



"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185

...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 


Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –



AMMAR : ANTARA TADBIR INSANI DAN TAKDIR ILAHI

27 Disember 2011

Hidup songsang



Hubungan homoseksual dilihat muncul kembali pada zaman ini selepas banyak sekali kemungkaran serta salahlaku yang dilakukan golongan yang mendahulukan hawa nafsu daripada takut ditimpa azab ALLAH..

Terbaru terdapat beberapa laporan media yang mempamerkan perkahwinan sejenis yang dilakukan di negara Barat.  Perbuatan itu jelas menyalahi agama , budaya dan adat masyarakat kita.

Perbuatan itu bukan sahaja salah dari segi pandangan agama, malah menjadi kutukan kepada budaya sesebuah masyarakat bertamadun.

Benarlah, apabila nafsu sudah menguasai diri, akan hilang perasaan bersalah dan malu atas perbuatan terkutuk yang dilakukan.

Ketahuilah tujuan ALLAH menjadikan manusia itu berpasang-pasangan untuk mereka saling berkenal-kenalan dan menikmati kehidupan sebagai pasangan terbaik dalam mengembangkan zuriat serta keturunan.

Hakikatnya jika perkahwinan sejenis ini  diterima dan diamalkan dalam kehidupan, itu amat melampau.  Dalam Islam tidak dinamakan perkahwinan jika ia berlaku antara dua individu yang sama jantinanya. ‘Perkahwinan’ itu jugalah yang akan menjadi punca pupusnya zuriat manusia secara perlahan-lahan. 

Bala ALLAH tidak mengira sesiapapun sama ada mereka lakukan atau tidak tetapi ia diturunkan kepada keseluruhan umat.

Lihat sahaja, bukti yang termaktub dalam Al-Quraan mengenai kisah kaum Nabi Luth yang dilenyapkan dari muka bumi ini. Kisah itu perlu dijadikan iktibar buat umat pada masa kini.
Perbuatan ini haram hukumnya. Maka jika mereka membenarkan perkara yang diharamkan oleh ALLAH, mereka terkeluar dari Islam.  Dalam hal ini penting pendidikan dari kecil dengan mempersiapkan mereka dengan didikan agama dan panduan mengenai hokum halal dan haram dalam Islam.

Oleh itu,jika perbuatan itu tetap dilakukan, perumpamaan bukan lagi seperti menconteng arang dimuka kaum keluarga sendiri tetapi ketahap mencalit najis. Mereka adalah golongan manusia yang sudah tidak waras lagi.


Artikel asal ditulis oleh Mohd Fadly Samsudin dalam ruangan Ad-din (harian metro 23 Dis 2011)
19 November 2010

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
18 November 2010

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata,
"Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

7 September 2010

Nusaibah binti Kaab : Serikandi perang

Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

Asiah dan Masyitah :Tuan dan Hamba yang ke Syurga

Ada satu kesilapan besar di situ dan kesilapan itu adalah Masyitah ialah tukang sikat rambut permaisuri Firaun.Sebenarnya,Masyitah ialah tukang sikat rambut anak Firaun.Dan untuk pengetahuan anda semua,walaupun Asiah adalah permaisuri Firaun,Asiah tidak pernah ditiduri Firaun walaupun sekali sepanjang dia menjadi permaisuri Firaun.Untuk tahu lebih lanjut tentang dua insan ini,jom kita hayati kisah di bawah.

4 September 2010

Khaulah Al Azwar : Pahlawan Muslimat

Sering terdengar kisah Khaulah, seorang pahlawan muslimat. Lalu berbekal kemudahan internet yang ada, mencari-cari mengenaikan kisah pahlawan ini. Kisah mengenai beliau dikumpulkan seperti yang dibawah ini. Kisah Khaulah mampu menaikkan semangat muslimat dan juga memberi cabaran kepada muslimin. Ikutilah kisahnya.





3 September 2010

Ummu Sulaim Binti Milhan : Pemilik Mahar Paling Indah


Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 


“Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Ghumaisha’ binti Milhan”[HR Bukhari]



“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi, di sisi Yang Maha Berkuasa” [Al-Qamar: 54-55]”

Ummu Salamah : Wanita Jelita dalam Hidup Rasul yang Mulia

Kecantikan dan kemuliaan berpadu dalam dirinya. Cinta, kesetiaan dan ketaatannya pada pendamping hidupnya membawanya untuk memperoleh sebentuk doa. Doa yang berbuah keindahan hidup tiada tara, bersisian dengan hamba Rabb-nya yang paling mulia.
Hindun bintu Abi Umayyah bin Al-Mughirah bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyahradhiyallahu ‘anha. Dia lebih dikenal dengan kunyahnya, Ummu Salamah.

Updates Melalui E-Mail

Label fail