~SEGALA APA YANG KAU SUKA TU, SEMUANYA ADA DI SYURGA~
Pesanan buat Diri
Pesan pada diri, Berhati-hatilah dalam memberikan HATI, Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai, Sebab nilai sekeping HATI Amatlah tinggi, Jangan sampai membuat Hati terasa dinodai.... Read more...
Penentu dosa pahala kini dihujung jari
"apa niat kita untuk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan sahaja. Gunakanlah blog ini untuk memuat dan mencetuskan ilmu. Bagi yang dah pun memiliki blog, kemaskinikanlah blog dari semasa ke semasa kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya kelak. Jangan jadikan blog seperti telah 'kematian' tuan.."Read more...
Cinta dalam Diam
jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Read more...
Bayaran Sebuah Kemaafan
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya. Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain. Read more...
Perginya seorang penulis blog
Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN. Read more...
Baitul Muslim
baitul muslim itu merupakan satu proses yang tidak sekadar suka-suka ataupun mahu bertemu jodoh semata-mata. Tetapi juga melibatkan soal pemilihan calon yang benar-benar ada komitmen yang tinggi pada agama serta mempunyai kesedaran terhadap cita-cita Islam. Read more...
Aku Ingin Ke SANA
Sanah Helwah Qabsah...
Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detik diisi dengan amal ibadah.
Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya.
KOLEKSI PERIBADI 1 || 2012
kerana melalui seni aku mampu menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan tanpa dikenali....
kerana bagiku, menyampaikan sesuatu yang baik walaupun diri tak sebaik mana....boleh memotivasi dan memuhasabahkan ku secara berterusan....
insyaALLAH...
aamiin
Diari : 7811
- 11 bermaksud, 10 + 01 = 11
- 87 bermaksud aku dah setengah abad .. Agak berusia rupanya (^__~)
- 7 + 8 + 1 + 1 =17
1 + 7 = 8
- 78 + 11 = 89
8 + 9 = 171 + 7 = 8
- 781 + 1 = 782
78 + 2 = 171 + 7 = 87+ 82 = 898 + 9 =171 + 7 = 87 + 8 + 2 =171 + 7 = 8
- 7 + 811 = 818
81 + 8 = 898 + 9 = 171 + 7 = 88 + 18 = 262 + 6 = 8
- 7811= 71 + 81 = 152
1 + 5 + 2 = 8
84 = 4096 ( kuasa empat sebab plate number ni cuma ada 4 nombor je ka? ke lebih? =))4 + 0 + 9 + 6 = 191 + 9 = 10**1 + 0 = 1 (ia kembali kepada yang SATU )** nombor 1, 9 dan 10 memang ada maksud pada aku10.01.19871+ 0 + 0 + 1 + 1 + 9 + 8 + 7 = 9
SAB 3478 D + SA 1162 Y = SAB 7811 K
Bila rindu
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
- Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
- Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
- Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
- Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
- Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Sanah Helwa ya abi..
"Tengola, tidak pernah kami sambut hari jadi…Tapi bila kamu semua sudah besar baru kami rasa dirahkan.."
Sebak ku mendengar ayat yang lahir dari bibir ibuku malam td... (u_u)
Andai masa boleh berputar.pasti detik itu ingin ku ulangi lagi.sebuah memori dimasa lalusaat kita sentiasa bersamaLumrahnya dunia tak selamanya kita bersama…pasti ada saatnya kita berjauhan..namun ketahuilah ayahku, tempatmu di hatiku tak kan pernah pudar..dan akan aku kisahkan selalu kisahmu buat bakal cucumu.Namun andai aku yang pergi dulu,Ku harap engkaulah lelaki yang ada sewaktu mataku terpejamseperti mana hadirnya dirimu sewaktu celiknya mataku dulu…Aku sangat menyayangimu…
Oh UiTM..
Satu kisah...
Selama 5 bulan aku menceburi diri dengan mengajar kanak-kanak ini dan yang paling aku suka ialah telatah mereka. Pernah seorang kanak-kanak berbisik sesuatu dengan aku dalam bahasa mereka, Bajau Ubian ( walaupun sebenarnya aku tak faham apa-apa=) ) datang lagi seorang kanak-kanak. Caranya macam ingin berbisik sesuatu juga denganku. Ku rendahkan diri supaya mudah baginya membisikkan apa yang ingin dibicarakan. Namun andaianku silap. Rupanya dia datang dan terus mencium aku di pipi.. kanak-kanak lain terus bertepuk tangan.. blur aku dibuatnya…. =)
Duduk dengan budak-budak ni membuatkan aku merasa semakin hari aku semakin muda dan tidak pernah merasa umur ni semakin hari semakin meningkat. ( ^_^ )
























































