QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
29 Januari 2011

Buatlah perbandingan yang betul

Kita adalah dilarang untuk membanding-bandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk akhlak dan agamanya. Ini kerana, ia adalah cara syaitan untuk menyekat seseorang  daripada melakukan kebaikan daripada lebih baik.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis baginda tentang kepatuhan beragama, kita perlu sentiasa menganggap bahawa mereka lebih istimewa daripada kita agar diri terus berusaha untuk membaiki segala kekurangan.

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita sentiasa bersyukur dan jauh daripada sifat tamak.

Sabda Nabi:
Dua perkara yang barang siapa yang memperolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik daripadanya, lalu dia berusaha mengikutnya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada mereka yang kurang daripadanya sehingga dia memuji ALLAH atas nikmat yang diperolehinya - Riwayat at-Tirmidzi, 4/665, Hadis Sahih menurut Tirmidzi dan Albani

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail