Dengan perkembangan pesat pelbagai jenis dan gaya busana muslimah sekarang ini,tidak bererti kita tidak boleh memakainya. Kenakanlah ia pada tubuh, asalkan tidak melanggar piawaian islam yang telag digariskan.
Sebagai muslimah yang beriman dan bertakwah, seharusnya kita perlu menjaga hati agar ‘title muslimah’ itu tidak mengheret kita ke neraka. Sematkanlah niat yang ikhlas untuk mentaati perintah ALLAH dan jauhkan penyakit riak, ujub atau mencari populariti di kalangan manusia. Tundukkanlah demi redha dan cinta ALLAH semata.
Benarlah firman ALLAH yang bermaksud:
“hai anak Anam, sesungguhnya KAMI telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat”-surah al-a’raaf: 26
Yakin dan sedarlah bahawa , andai seseorang wanita menjaga aurat dengan sempurna daripada pandangan yang bukan selayaknya, bermakna dia bukan sahaja menjaga maruah diri, bahkan maruah wanita mukmin seluruhnya. Sesungguhnya, peringatan ini demi kasih sayang saya kerana kita adalah wanita.
Kerana dirimu begitu berharga, capai duniawi jangan lupa ukhrawi. Pakaikan dirimu pakaian takwa, demi jati diri muslimah sejati.
Ingatlah… wanita solehah adalah wanita yang sentiasa mempunyai sifat malu walaupun di sisi suaminya!
0 tautan:
Catat Ulasan