QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
10 Mei 2011

Usaha mencari jodoh bagi kaum wanita

Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara hina. Pilihlah

01. Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan. Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya  dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesediaan hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak


02. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.  Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan. 

03.Berkawanlah dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dikalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tetapi wasilah semata-mata.

04.Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memuliakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda dimatanya

05.Minta ibubapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

06.Jika anda dirisik secara langsung oleh seseorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat, cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah


Oleh :Fatimah Syarha Mohd Noordin

4 tautan:

incik berkata...

PERKONGSIAN YANG SANGAT BERMANFAAT!
suka baca hasil tulisan fatimah syarha..=)

Qabsah Anisah berkata...

Alhamdulillah... pasti ramai yang menyukai penulisannya...=)

HaDi berkata...

Salam...

Artikel ni mcm pernah baca kt solusi dlu...
betul k? igt2 lupa...

Perkongsian yg baek bt muslimah untuk menyolehahkan diri...=)

Qabsah Anisah berkata...

salam...memang betul...^____^

Updates Melalui E-Mail