Adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian? Tiada seorangpun manusia mengetahui baki masa hidup mereka di dunia ini.
Di mana-mana sahaja, sesiapapun dan dalam keadaan apa sekalipun kematian itu pasti akan menghampiri.
Ali al-Hadi berkata: “Ketahuilah kematian itu seperti bilik mandi. Itu peluang terakhir kita membersihkan diri bagi menghilangkan segala kekotoran dan keburukan”
Selagi kita diberikan peluang untuk hidup dan bernafas lagi di atas muka bumi ini, Allah akan sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri.
Peluang itu wujud dalam bentuk taubat bersungguh-sungguh dengan menyesali perbuatan buruk dan berazam memperbaiki diri.
Nabi Muhammad mengajar kita satu doa “Ya-ALLAH, aku memohon kepada-MU keampunan atas dosa-dosa yang aku sedari dan dosa-dosa yang tidak aku sedari, dosa-dosa yang aku ketahhui serta yang tidak aku ketahui”.
Selalu mengingati mati kerana apabila individu itu dihimpit masalah dalam kehidupannya, dia pasti akan keluar dari kesempitan hidupnya.
Ramai manusia yang leka dengan mengumpul harta, kemudian harta yang dikumpul itu akhirnya binasa dan angan-angan mereka berkaitan dunia itu lenyap begitu sahaja.
Ramai juga individu berharap hari terakhirnya nanti dilalui dengan baik dan ramai juga yang menanti-nantikan kedatangan hari esok tetapi ALLAH tidak mengizinkannya.
Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah berkata : “Selalu mengigati kejadian atau peristiwa yang menghancurkan semua kelazatan adalah mati” (hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi).
Mengingati serta menghayati tanda besar dan kecil perihal kematian, masa kematian menghampiri dan selepas kematian dapat member kesan positif ke dalam diri manusia.
Kesan itu pasti terpahat dalam diri lalu memberi banyak hikmah yang menyihatkan rohani dan jiwa antaranya melembutkan hati, jauhkan diri dari angan-angan kosong, mewujudkan sifat waspada serta memperteguhkan keimanan, keislaman, keihsanan, ketahwidan dan ketakwaan kepada ALLAH.
Ringkasan dari hasil tulisan Rachmat Ramadhana Al-Banjari melalui bukunya Cara Terindah Untuk Mati
0 tautan:
Catat Ulasan