Assalamualaikum buat adik-adik yang masih dan akan meninggalkan puncak menara gading.
Adik-adik, sayasedang berada di dunia yang paling sukar buatku, iaitu dunia pekerjaan. Satu dunia yang belum pernah anda kenali. Ketahuilah, wajah dunia kerjaya amat menakutkan. Wajahnya bengis dan tidak mengenal belas kasihan mahupun simpati.
Dunia kerjaya tidak mengenal kesusahan dan kemiskinan yang telah anda tempuh. Bagaimana susah dan payahnya anda mendaki untuk berada di kedudukan sekarang, ia tidak akan mahu dan tidak akan peduli.
Walaupun anda memang datang dari keluarga miskin dan tidak mampu dalam serba serbi, anda tidak akan menerima sedekah apatah lagi simpati.
Anda perlu bersaing dengan orang yang lebih bernasib baik dari anda, walaupun mereka sekaya jutawan. Jika anda pernah melihat bagaimanakah rupa dunia kerjaya, pasti anda tidak menghabiskan masa untuk bercinta semasa di kampus, pasti anda tidak berselera untuk tidur apabila tiada kelas, pasti anda tidak berbual kosong tanpa maksud, pasti anda tidak membuang masa menghantar SMS kepada rakan, pasti anda tidak akan menaiki motorsikal merayau-rayau tanpa arah tujuan
Saya percaya, anda lakukan semua itu kerana tidak mengenali dunia kerjaya. Anda tidak tahu lorong-lorong gelap yang ada di dalamnya. Anda juga tidak tahu lubang-lubang maut yang sentiasa menunggu mangsa. Onak dan duri tajam yang ada di sepanjang jalannya sangat pantas menusuk jika tertikam. Jalan-jalannya juga tidak mempunyai tanda arah untuk dijadikan panduan. Jalan-jalannya seakan-akan sama, jika tidak cukup mahir, anda pasti temui jalan mati. Walau apa pun, yang perlu anda ketahui sekarang adalah, anda tidak akan dibelas kasihan. Anda tidak akan diberi simpati.
3 tautan:
Jom kita ambil cakna pasal mahasiswa pula di sini:
Masa untuk Perubahan
Betul ke ni akak??huhu..takotnye...haha..T_T....
Akak..if dont mind ..ulas la lagi psl topik ni..
Catat Ulasan