Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi
wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang
wanita solehah. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tips atau ciri-ciri yang boleh
diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh
diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan
rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat
pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga
khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga
dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya
serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak
melengah-lengahkan nya.
3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk
kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya
seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat
lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji
Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kepadamu
tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan
akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling
bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang
yang rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yang
berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita
itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan
kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan
kemaksiatan dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran
Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat
tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu
melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari
Allah swt.
7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang
telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu,
seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti didalam
surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon
pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya
dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji
Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yang
tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!
Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi
wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yang bercita-cita menjadi wanita
solehah..InsyaAllah.
0 tautan:
Catat Ulasan