Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want
to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni
jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat
tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak
melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang
pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang
berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu
hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurangnya mereka menutup aurat….dosa
tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan
aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that
ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang
melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat
dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan
berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana
pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya
ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu
adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuanlah ye
kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang
lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana
ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah
dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah
lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”
Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul
dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya
perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan
dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang
baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan
wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan
sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk
suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik
ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik
sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami
yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak
seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia
itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan
dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai
tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita
melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di
akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud
saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita
yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat
ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang
bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka
cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan
tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong
orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang
dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu
riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah
swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita
lakukan…maka pahala kita akan dipotong….
jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari
dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena
memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia
akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah
selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di
neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai
agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang
menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh
buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi
benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan
persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana
jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup
sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……
”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..”
Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah
benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah
umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan
Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana
awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai
ke tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz
ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya
tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah
saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga
ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru
ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya
bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati
perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari
perintah Allah”
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima
kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan
dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan
berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
0 tautan:
Catat Ulasan