QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
20 Ogos 2012

Maafkan saya...




Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda dan ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak dan telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut dan mesra tutur bicara saya, manja suara dan kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat facebook dan perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat dan sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan dan dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia ni masih ade lelaki yang baik.

Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..

Perasaan kasih dan sayang pada awak, merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi diri saya..
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat..





Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah..
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal..
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu..


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, 
saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha dan saya doakan awak mendapat seorang wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya..amin

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail