Ada banyak kriteria yang boleh diambil. Imam
Ghazali dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin juga menyebutkan bahawa ada lapan perkara
yang perlu diperhatikan tatkala hendak memilih pasangan hidup, antara lain:
- Kesolihan dalam beragama. Ini merupakan yang paling utama.
- Berakhlak mulia
- Memiliki keelokan wajah dan fizikal
- Tidak menuntut mahar yang berlebihan
- Berpotensi untuk memiliki banyak anak
- Masih bujang
- Berasal dari keluarga terhormat
- Tidak berasal dari keluarga dekat
Jamak kita ketahui, bahawa kriteria yang
disampaikan oleh Al-Ghazali adalah ringkasan dari sekian banyak hadist
Rasulullah.
Sekali lagi, ini fitrah manusia yang memang
menyukai keindahan. Kaum lelaki menyukai kecantikan, begitu pun kaum wanita
juga menyukai ketampanan. Masih ingat dengan kisah perempuan istana yang
terkagum-kagum dengan ketampanan Yusuf ?. Masih ingat dengan puteri Syu’aib
yang terpesona dengan kegagahan dan ketampanan Musa?. Ibnu al-Jauzi dalam
Ahkaamun Nisa’ juga memberi nasihat pada kaum wanita,
“Disukai bagi yang hendak menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki”.
Tetapi bagaimana pun juga, kesolihan adalah
yang paling utama. Jangan sampai menyibukkan diri dengan mempercantik paras
lantas melupakan memperbaiki akhlak. Jangan sampai menghabiskan waktu untuk
memperindah raga sementara jiwa menjadi terlupa. Kerana yang dituntut oleh
agama, akhlak adalah yang pertama dan paling utama. Bahkan Rasulullah sudah
dengan jelas mengingatkan,
“Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya. Bisa jadi kecantikannya akan menjadikannya hina” (HR. Ibnu Majah).
Al-Hafizh Ibnu Hajar pun menuturkan sebuah
nasihat bijak saat menjelaskan tentang sabda Nabi yang ertinya,
“Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana martabatnya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mendapatkan wanita yang baik agamanya agar engkau beruntung dan tidak rugi” (HR. Bukhari).
Moga manfaat :)
Salam,
created by : Ahmad Rifai Rifan
created by : Ahmad Rifai Rifan
0 tautan:
Catat Ulasan