QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
9 Oktober 2013

Calon 'MADRASAH'


Wanita muslimah adalah calon Madrasah (Sekolah) kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

Hakikatnya mendidik para muslimah adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah baru iaitu anak-anak.


Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah (anak-anak) yang akan dihasilkan kelak


(LA TAHZAH), Innallaha Ma'ana....Sesungguhnya ALLAH bersama kita




Demi cinta yang takkan lenyap




"Setiap yang bertunang, ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang berdusta, sedang tak menjadi dirinya yang sebenar.

Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan, 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah.


Kita hanya akan mengenal seorang PACAR, bukan seorang SUAMI. Sebab masa berkasih yang kita cari cuma keindahan-keindahan, kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin, kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Dan, kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah inii, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti.

Sebab masalahnya,

  • ada masalah yang kita undang,
  • ada masalah yang tak diundang.



Yang kita undang ialah
  • bila kita sekarang tak setia,
  • bila kita sekarang tak ambil Allah nombor satu,
  • bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina.

Dah nikah nanti pasangan kita duk facebook dengan suami orang, pasangan kita duk facebook dengan isteri orang, jangan terkejut... Kalau dia tawarkan cinta kepada adik, duk puji kecantikan wajah adik, jangan terkejut nanti dia jadi seorang suami yang mata keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut pada Allah, dia sedang persembahkan cinta yang rapuh yang sementara untuk adik. Dan cinta itu takkan bawa bahagia.

Tapi kalau kita ambil sebab cinta itu kerana agama dan akhlaknya, kerana Allah, Allah takkan lenyap, cinta itu pun takkan lenyap..."

[Kak Fatimah Syarha]




11 September 2013

Sikap mempengaruhi peribadi anak

Kepada ibu yang sedang mengandung, perlulah anda tahu bahawa anak di dalam kandungan mula mengenal erti kehidupan sejak dari dalam perut lagi. Permakanan ibunya, tingkahlaku ibunya, tuturkata ibunya dan pelbagai lagi. Jadi perbanyakkan amalan yang baik untuk menjamin anak yang soleh sejak dari dalam kandungan lagi.

18 Jun 2013

Antara darurat dan tidak



Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.


Syariat & Darurat
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut.

Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.


Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita.

Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.


Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga.

Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.


Menggerakkan Nafsu Syahwat
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.

28 April 2013

Selamat Mengundi

Assalamualaikum...




Alhamdulillah... PRU13 masih berbaki lagi 7 hari.... 05.05.2013 mungkin akan mencatatkan sejarah perubahan tampuk pemerintahan di Malaysia. MUNGKUN.. Aku juga ingin perubahan itu berlaku di negeri kelahiranku... Sabah di bawah bayu...

Dalam masa aku membaca status rakan-rakan ku di facebook, aku amat teruja dengan video ni...







Teringat lagi semasa Penamaan Calon yang lepas... Alhamdulillah aku ditugaskan untuk masuk ke dalam kelompok ini....

Aku dapat merasakan aura yang selama ini aku ingin rasakan... Terima Kasih ALLAH... Kerana niatku telah Engkau makbulkan..















Undiku adalah rahsia...

cuma pesanku,



22 Mac 2013

Tanda rezeki itu berkat




KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat
Antaranya kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.




Tanda-tanda keberkatan rezeki

  • Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
  • Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
  • Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
  • Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
  • Sentiasa merasa cukup dan syukur

Updates Melalui E-Mail