"
KUALA LUMPUR: “Bila anak tidak dididik, dia akan herdik kita dan apabila kita tidak pukul anak sewaktu kecil (bila perlu), bila besar dia pula akan pukul kita,” kata penceramah bebas yang juga Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh.
Menurutnya, anak yang mudah menderhaka hingga sanggup bertindak di luar kewarasan bukan kerana dia jahat semata-mata, tetapi disebabkan sikap ibu bapa yang tidak pandai mendidik ahli keluarga termasuk kurang penerapan pengetahuan agama.
“Kadangkala anak menderhaka sebab ayah dan ibu sudah terlebih dulu menderhaka...kita kata ibu bapa begini tidak jujur dengan anak mereka dari segi pemberian didikan serta ajaran yang sewajarnya mengikut lunas agama,” katanya ketika diuhubngi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai tindakan seorang bapa menasihatkan anak lelakinya yang bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya sejak setahun lalu supaya berkahwin membawa padah.
"
1 tautan:
assalamualaikum..alhamdulillah baru ja berkesempatan membaca td..
bak kata ustaz saya.. nak tgk anak kita mcmana kelak tgklah diri kita sekarang.. inshaAllah sama2 kita memohon keampunan dariNYA..
mungkin juga ujian kepada parent berkenaan.. Allah menguji..
syukur mereka mampu menegur anak2 mereka.. bgmana pula jika ada ibubapa yg hanya diam melihat sandiwara anak2 didpn mata? nauzubillah..
wallahu'alam
Catat Ulasan