“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (bersunyi-sunyian) dengan seorang perempuan melainkan bersamanya mahramnya.”
(Hadis riwayat Bukhari).
Adakah maksud hadis ini telah dilupakan oleh umat Islam dewasa ini? Atau sememangnya mereka tidak pernah mengetahui wujudnya hadis ini?Mempunyai kekasih sudah menjadi trend baru kehidupan segelintir anak muda pada hari ini. Pasangan berdua-duaan di taman bunga, di kompleks beli-belah, di institusi-institusi pendidikan malah diperingkat sekolah rendah dan menengah sudah dianggap menjadi satu fenomena biasa dalam masyarakat moden hari ini? Malah ibu dan bapa seolah akur dengan suasana yang ada dengan memberi alasan: “ Kita tidak boleh mengongkong anak muda di zaman moden ini!”
Mereka yang cuba untuk membataskan pergaulan antara anak muda teruna dan dara akan dituduh sebagai kolot. ANTI PEMBANGUNAN! ANTI KEMODENAN!Kemodenan mengubah segala-galanya! Kemodenan telah menjadi alasan kukuh untuk menghalalkan segala-galanya. Adakah kemodenan menjamin redha Allah. Adakah itu alasan yang laku dijaja di Padang Mahsyar nanti?
Seorang majikan lelaki berdua-duaan dengan pekerja wanita di dalam bilik pejabat telah dihalalkan dengan alasan kerja. Seorang isteri berdua-duaan makan dan minum, keluar makan tengahari, keluar makan malam dengan suami orang juga sudah jadi fenomena dalam rencah kehidupan sesetengah ahli perniagaan dengan alas an perbincangan kerja! Malah si suami meredhakan dan merelakan dengan alasan : Kita bukan lagi hidup di zaman 60 an atau 70 an.
Hakikatnya, kehidupan masyarakat barat yang diakui telah runtuh akhlak dan moralnya telah berjangkit untuk menjadi virus berbahaya meratah urat dan daging umat Islam di timur. Sekiranya hari ini berdua-duaan dianggap biasa, tentu lagi 10-20 tahun akan datang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan juga akan menjadi fenomena biasa umat Islam. Malah bibit-bibit ke arah itu sudah mula wujud.
Inilah keadaan yang pernah digambarkan oleh Rasulullah menerusi sabda baginda bermaksud:
“ Kamu pasti akan mengikut gaya hidup umat sebelum kamu sejengkal-demi sejengkal, hingga akhirnya sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikutnya.”
Sahabat bertanya :
Siapakah mereka itu wahai Rasululullah? Yahudi dan Nasranikah?
Jawab baginda: “ Siapa lagi!”
Apakah kemodenan bererti kita harus mengikut tata cara hidup barat meskipun ia akhirnya memusnahkan maruah dan nilai murni masyarakat Islam? Adakah kemodenan bermaksud kembali hidup seperti tatacara hidup di zaman Jahiliyah di mana keseronokan seksual adalah segala-galanya.
Apa yang menarik lagi di saat meningkatkan maksiat berdua-duaan ini timbul satu lagi fenomena iaitu Kahwin Lambat! Statistik yang ada menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Perangkaan terbaru yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menjelaskan keadaan ini.
JADUAL 1:
PERATUS GOLONGAN YANG BELUM BERKAHWIN
Jangkamasa Golongan muda(20 – 34 tahun)(%) Wanita(20 – 34 tahun)(%)
1981 - 1990 43.2 60.2
1991 - 2000 48.1 68.5
* Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2. Jadual di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada peratusan golongan muda (20 –34 tahun) yang belum berkahwin dan peratusan wanita (20 –34 tahun) yang belum berkahwin di antara tahun 1981 – 1991 dan 1991 - 2000. Fenomena perkahwinan lambat ini sebenarnya berlaku kepada kedua-dua jantina sebagaimana dapat dilihat dari statistik umur minima perkahwinan pertama.
JADUAL 2 :
Jangkamasa Golongan muda(20 – 34 tahun)(%) Wanita(20 – 34 tahun)(%)
1981 - 1990 43.2 60.2
1991 - 2000 48.1 68.5
* Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2. Jadual di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada peratusan golongan muda (20 –34 tahun) yang belum berkahwin dan peratusan wanita (20 –34 tahun) yang belum berkahwin di antara tahun 1981 – 1991 dan 1991 - 2000. Fenomena perkahwinan lambat ini sebenarnya berlaku kepada kedua-dua jantina sebagaimana dapat dilihat dari statistik umur minima perkahwinan pertama.
JADUAL 2 :
UMUR MINIMA PERKAHWINAN PERTAMA
Tahun Lelaki (tahun) Wanita (tahun)
1980 26.2 23.5
1991 28.2 24.7
1994 Tidak dinyatakan 24.9
2000 28.6 25.1
*Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001
Tahun Lelaki (tahun) Wanita (tahun)
1980 26.2 23.5
1991 28.2 24.7
1994 Tidak dinyatakan 24.9
2000 28.6 25.1
*Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001
Jadual di atas menunjukkan kecenderungan berkahwin lewat dalam masyarakat sama ada di kalangan lelaki mahupun wanita. Sebagai contoh, pada tahun 1980, rata-rata wanita berkahwin pada usia 23 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 26 tahun. Tetapi, pada tahun 2000, rata-rata wanita berkahwin lebih lambat iaitu pada usia 25 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 28 tahun.
Jadi, melalui kedua-dua statistik ini didapati bahawa memang ada kecenderungan di kalangan ahli masyarakat untuk berkahwin lewat. Perkahwinan lambat mempunyai banyak factor, antaranya kerana factor pendidikan sehingga peringkat universiti yang bisanya tamat ketika berumur 24 tahun. Setelah itu mengejar kerjaya untuk mendapatkan kestabilan ekonomi dan mengumpul wang untuk membiayai kos perkahwinan yang semakin tinggi seolah-olah satu perniagaan.
Dalam tempoh tersebut jiwa remaja, keinginan berpasangan sudah bergelodak dalam jiwa, namun perkahwinan agak sukar untuk dibuat keputusan. Akhirnya berdua-duaan menjadi alternative bagi melepaskan keinginan seksual yang ada. Tetapi bahaya dan risikonya ialah ramai yang terlanjur lalu berzina. Akhirnya berlakulah pembuangan bayi yang tidak berdosa. Tidakkah ia bermula dengan berdua-duaan? Justeru apa yang perlu kita lakukan?
"agama yang menjadi tolok ukur moral
seakan tidak mampu lagi
memperbaiki akhlak
pemeluknya"
<<....fahamila apa itu CINTA DALAM ISLAM...w/hu'alam....>>
0 tautan:
Catat Ulasan