QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
17 Februari 2011

Riak Perosak Amal

Allah tidak mengukur amalan hambaNya berdasarkan kuantitinya tetapi  berdasarkan kualitinya. Allah tidak menerima ibadat daripada seseorang  yang beribadat bukan keranaNya, sebaliknya ibadat yang dilakukan adalah  untuk mengaburi mata masyarakat yang memandang.






"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka  menjadikan kamu  kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan  perkataan mereka.  Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka  mengira bahawa  tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.  Mereka itulah  musuh (yang sebenarnya) maka berwaspadalah terhadap  mereka; semoga Allah  membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai  dipalingkan (dari  kebenaran)?" - \[Surah al-Munafiqun:4]

Berdasarkan ayat di atas, Allah menerangkan salah satu ciri  orang-orang  munafik. Mereka merupakan seorang yang hebat pada pandangan  manusia tetapi tidak pada pandangan Allah. Mereka beribadat dan beramal  soleh bukanlah untuk mendapat keredhaan Allah tetapi demi kepentingan  sendiri.

Allah telah merakam perbuatan mereka dengan menurunkan surah  al-Munafiqun  kepada Rasulullah saw. supaya Baginda dan para sahabat  berjaga-jaga  dengan mereka dan menjauhi sikap mereka.

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said dari  Muhammad  bin Ibrahim bin Al Harits At Taimi dari Abu Salamah bin  Abdurrahman  dari Abu Sa'id dia berkata;

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Akan  keluar dari kalian suatu kaum, yang  solat kalian tidak ada apa-apanya  dibanding solat mereka. Juga puasa  kalian dibanding puasa mereka.  Amalan kalian dibanding amalan mereka.  Mereka membaca Qur'an, namun  bacaannya tidak melampaui kerongkongan  mereka. Mereka keluar dari agama  ini sebagaimana anak panah yang melesat  dari busurnya. Kamu melihat ke  hujung anak panahnya namun kamu tidak  melihatnya. Kamu melihat ke  busurnya namun kamu tidak melihatnya. Kamu  lihat ke pangkal anak panah  dan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu saling  mendustakan dalam pangkal  anak panah." Telah menceritakan kepadaku  dari Malik telah sampai  kepadanya, bahawa Abdullah bin 'Umar tetap  mempelajari surat al-Baqarah  selama lapan tahun." - \[Riwayat Malik:428]

Rasulullah saw. telah memberi peringatan kepada kita akan ada kaum  yang kita  tidak dapat tandingi solat mereka, puasa mereka dan amalan  mereka.  Tetapi segala amalan mereka itu hanyalah sia-sia, langsung  tidak diterima oleh Allah.

Inilah ciri-ciri orang yang riak dalam melakukan  amal soleh. Mereka  menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling kuat  amalannya, paling  ikhlas dan paling tawadduk.

Sedangkan Allah Maha  Mengetahui akan niat sebenar mereka yang  berpura-pura ingin mendapatkan  perhatian dan pujian manusia  semata-mata.

Riak bukanlah hanya pada orang yang beramal soleh, tetapi setiap daripada kita boleh memiliki perasaan riak tanpa kita sedari.

Contohnya bagi orang yang berilmu, mereka menunjukkan  kepandaian  mereka dan mencari ilmu hanya untuk diperlihatkan kepada  orang ramai  betapa pandainya dia dan betapa tingginya ilmu di dada.

Lantaran jika  terdapat orang yang berbeza pandangan dengan mereka,  mereka akan  cepat-cepat membalas dengan hujah yang sangat ilmiah dengan  niat supaya  orang akan mengagumi kehebatan mereka.

Walau bagaimanapun, sukar untuk  kita ketahui niat mereka. Hanya  Allah sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati mereka. Kita  perlu berbaik sangka terhadap mereka kerana jika  kita berburuk sangka,  syaitan akan menyelinap dan menghasut kita dengan  hasutan yang jelek  lagi jijik.

Seperti sabda Rasulullah saw.;

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah  dari Malik dari Abu  Az Zinad dari al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa  Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab   buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - \[Riwayat Abu  Daud:4271]

Begitulah, kita seeloknya diamkan sahaja dan berilah nasihat yang   memadai andaikata terdapat ciri-ciri jelas orang yang riak pada kenalan   kita mahupun sesiapa sahaja.

Mencari-cari kesalahan itu ditegah oleh  Rasulullah saw. kerana  syaitan selalu mengambil kesempatan atas peluang itu.  Namun, hendaklah  kita jauhi sifat riak ini kerana riak merupakan salah  satu daripada  pecahan syirik.

Sebagaimana sabda nabi Muhammad saw,  maksudnya;

Dari Mahmud bin Lubaid dia berkata: Telah keluar  Rasulullah  saw. sambil berkata, "Wahai sekalian manusia, jauhilah  olehmu perbuatan  syirik yang tersembunyi." Para sahabat bertanya, "Ya  Rasulullah, apakah  syirik yang tersembunyi itu?" Baginda menjawab,  "Iaitu seseorang berdiri  menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solatnya dengan  bersungguh-sungguh kerana manusia  melihatnya. Itulah syirik yang  tersembunyi." - \[Sahih Targhib wa Tarhib 1/17]

Seperti dalam hadis yang disertakan, perbuatan  menunjuk-nunjuk solat  kita kepada orang lain adalah perbuatan riak.  Selain perbuatan amal  soleh, perbuatan lain juga terdapat riak di  dalamnya jika kita tidak  ikhlas melakukannya demi Allah sepertimana  hadis ini;

Dari Abu Musa al-Asyari dia berkata: "Telah datang  seorang  lelaki kepada Rasulullah saw. lalu bertanya, "Seorang berperang  kerana marah,  seorang berperang kerana keberanian dan seorang lagi  berperang kerana  riak. Manakah antara mereka yang berada di jalan  Allah?" Rasulullah  menjawab, "Barangsiapa yang berperang agar  kalimatullah menjadi tinggi  maka dia berada di jalan Allah." - \[Riwayat Bukhari dan Muslim,  Tirmizi:1646, Ibn Majah:2783]

Jihad pada Allah juga dikhuatiri riak jika niat kita bukan untuk memperjuang agama Allah, dan tidak ikhlas keranaNya.

Bagi yang niat kerana selain daripada Allah  adalah amat rugi sekali  amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan. Ini  kerana mereka hanyalah  mendapat pujian dan sanjungan manusia sementara  sahaja di dunia ini  tetapi di akhirat kelak tidak menjamin kedudukan mereka  bahkan mungkin  akan dicampakkan ke neraka. Wallahualam.

Elakkanlah  perasaan bangga diri dan seumpanya. Ikhlaskanlah diri  untuk Allah  semata-mata. Bimbang kita termasuk dalam golongan yang  dibicarakan oleh hadis tersebut.

"Kesombongan  adalah selendangKu dan kebesaran  (keagungan) adalah sarungKu. Maka  barangsiapa melepaskan dariKu satu  dari dua tersebut, nescaya akan aku  lemparkan ke neraka Jahanam."
- \[Riwayat Abu Daud:4090, Ibn Majah:4174]

Bagi para penuntut ilmu pula tuntutlah ilmu dengan niat kerana Allah.   Bukan niat kerana untuk menambah koleksi sijil lantas menampalnya  di  rumah, di pejabat dan tempat lain untuk menunjuk kepada orang lain   bahawa dialah yang hebat.

Namun, jika ingin mendapatkan sijil supaya  menyenangkan proses  mencari pekerjaan yang halal demi hidup di atas  jalan Allah, itu adalah  diharuskan.

Sabda Rasulullah saw.;

"Barangsiapa  belajar satu ilmu yang seharusnya  hanya mencari redha Allah semata,  tetapi dia tidak belajar melainkan  untuk mendapatkan keduniaan, maka dia  tidak akan mendapatkan walaupun  bau syurga di akhirat nanti." - \[Riwayat Abu  Daud:3664, Ibn Majah:252, Ahmad II/338]

"Janganlah engkau belajar satu ilmu untuk  bermegah-megah di  hadapan para ulama, mempermainkan orang bodoh serta  untuk menguasai  majlis. Maka barangsiapa berbuat demikian maka apilah  (nerakalah) berhak  baginya." - \[Riwayat Ibn Majah:254, Ibn Hibban:90, Hakim I/86]

Wallahualam.

Sumber : i luv Islam

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail