UMAT AKHIR ZAMAN INI
Entahlah apa yang akan jadi dengan umat akhir zaman ini. Sudahlah perintah Allah SWT agar mengabdikan dirinya kepada Ilahi dipandang enteng..Dahi tidak mencecah bumi,menandakan solat diabaikan..Puasa,zakat dan segala ketaatan yang lain ditinggalkan.. Larangan Allah SWT,satu demi satu dilanggar..Terlalu banyak untuk disenaraikan..
HINGGAKAN
Hinggakan rahmat Allah SWT yang satu ini pun hendak dibakul sampahkan!
Sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no.6069) yang bersumber dari hadith Abi Hurairah menegaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
" Setiap individu dari kalangan umatku dimaafkan (dari dosa dan maksiatnya) kecuali individu yang terang-terangan (melakukan dosa dan maksiat tersebut). Sesungguhnya,dikira melakukan dosa dan maksiat secara terangan ialah apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan (dosa) pada waktu malam dan kemudian dia bangun pagi dalam keadaan dosanya telah ditutup oleh Allah SWT,kemudian dia menceritakan kepada kawannya tentang apa yang telah dilakukannya pada waktu malam tadi,sedangkan Allah SWT telah menutupi dosanya,kemudian dia sendiri yang telah mendedahkan dosanya. "
YA ALLAH
Jangan Engkau jadikan aku dari kalangan mereka yang tidak mahu menerima keampunanMU dan rahmatMU ya Allah..
Aku punya banyak dosa pada setiap masa dan detik,tetapi aku mengharapkan keampunanMU dan perlindunganMU..
Ya Allah,tutupilah dosaku pada pandangan makhlukMU di dunia dan akhirat..
Jangan jadikan aku di kalangan mereka yang sudah tidak malu bercumbuan di jalanan,mengakui dirinya gay atau lesbian dan pelbagai maksiat,dosa dan noda yang lain..
Aku malu padamu ya Allah atas dosaku..
Usah dibongkarkan ia dihadapan makhlukmu ya Allah..
0 tautan:
Catat Ulasan