Hari ni aku "leka"... "leka" dengan assignment. Sampai tak sempat aku nak layan FB macam biasa waktu petang-petang nih.. entah macam mana tergerak pula hati aku nak bukak FB. tengok-tengok je ada 1 mesej..
salam..azzam, awak sombong ea sekarang.. kenapa awak menjauhkan diri dari saya? awak dah jarang mesej saya, awak dah tak selalu chat dengan saya. kenapa? saya ade buat salah pada awak ke?awak benci sangat ke kat saya? atau awak dah tak nak kawan dengan saya lagi?
FROM : hawa
Ahh hati aku mula dihinggapi perasaan serba salah..terasa bagai ada satu beban yang menghempap kepala ku. Jari jemari terasa bagai kaku untuk menaip. Aku tak tahu apa yang harus aku balas. Akal mula ligat berfikir. setelah beristighfar berkali-kali, ketenangan mula aku kecapi..
aku mula menaip...
hawa, maafkan saya, saya bukan tak nak kawan dengan awak lagi, sungguh saya pun tak pernah ade niat langsung nak ada rasa benci kat diri awak, awak baik kat saya, sepanjang kita kawan kita selalu je kan gembira, memang indah kan. tapi sebenarnya dalam keindahan tu, saya takut, takut sangat-sangat..
hmm...
ok.. biar saya terus terang. saya ni manusia dan awak juga manusia, yang bezanya saya lelaki dan awak perempuan..manusia ada perasaan kan? ok perasaan itu ada pelbagai kan. rasa marah, rasa suka, gembira, tapi satu perasaan ni yang saya takut..satu perasaan yang sememangnya wujud dalam diri manusia sebab ianya fitrah. Perasaan yang kita panggil Cinta. saya lelaki dan awak perempuan.. awak manusia dan saya juga manusia..saya takut kemesraan tu berubah menjadi perasaan Cinta.
Adalah normal bagi saya dan bagi awak juga saya rasa bila seseorang itu dah bermesra dengan kita, dah rapat dengan kita walaupun atas landasan "Kawan" rasa Cinta itu akan timbul. kan? sebab saya laki, awak perempuan. cuba awak andaikan awak magnet kutub selatan dan saya magnet kutub utara..bila didekatkan pasti bercantum kan? tapi itu magnet, kita manusia ! kita tak boleh "bercantum" kecuali dengan akad nikah. sungguh jauh bukan perjalanan kita untuk menuju "nikah" itu?
secara logiknya tak salahkan kita bermesra berdua-duan dalam chat box ke YM ke kan. tapi kita muslim bukan? bukan semua benda kita boleh ikut pada logik akal kerana kita terikat dengan agama, terikat dengan peraturan yang ditetapkan agama. bila kita chat berdua, awak pasti tahu kan siapa jadi orang ketiga? kalau awak masih ragu-ragu biar aku beritahu jawapanya.. jawapannya Syaitan !
"Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita (yang bukan muhrimnya) maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka"( Hadis Riwayat Tirmizi)
Maaf.. masih banyak lagi assignment yang harus saya siapkan.saya harap awak memahami apa yang cuba saya sampaikan.. saya baru sedar tentang silap kita selama ini. awak, masih ramai kaum sejenis awak yang berganda-ganda lebih baik dari diri saya untuk dijadikan kawan.. so, jaga diri..
sedarlah seberapa rapatnya ikatan persahabatan bukan di ukur seberapa banyaknya bermesej atau berchatting.. tetapi alangkah indahnya jika ia diukur dengan seberapa banyaknya nama seorang sahabat itu disebut dalam setiap doa-doa kita kepadaNya
kalau lah dirimu yang memberi yang memberi daku udara untuk bernafas. Dirimu yang memberi daku nyawa untuk hidup didunia ni..daku pasti mencintaimu.. tapi tolong sedar sedar.. kita ni bukan siapa-siapa di dunia ni.. kita hambaNya, hamba kepada Pemberi udara untuk kita benafas, Pemberi segala-galanya yang yag kita miliki.. jadi aku tak sanggup melanggar perintahNya..
daku lelaki,iman ku bagai tembok yang rapuh,bila-bila masa sahaja mampu roboh,please jangan terlalu baik padaku,aku takut hatiku ku terpaut padamu,please jangan terlalu "sweet" padaku,aku takut akan selalu merinduimu,please janganlah terlalu mengambil berat padaku,aku takut aku akan terlalu mencintaimu...
wassalam.semoga Allah memberkatimu
SENT~
aku harap kau mengerti hawa..
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat
(QS. An-Nuur: 30)
" Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya. "
( Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani )
0 tautan:
Catat Ulasan