Syarat pekerjaan kita di terima sebagai ibadah :
Islam - sebagai umat Islam, kita hendaklah percaya yang setiap pekerjaan kita, setiap perlakuan merupakan ibadah, dan segala ibadah di janjikan ganjaran pahala, baik di dunia atau akhirat kelak
Niat - Memperbetulkan niat bekerja. Hindari membuat kerja dalam keadaan terpaksa, ataupun sekadar menunjuk - nunjuk. Ikhlaskan diri, agar kerja yan baik dapat di laksanakan
Kerja yang halal - Matlamat tidak menghalalkan cara. Carilah sumber rezeki atau pekerjaan yang halal dan mengikut syariat Islam, mudah - mudahan mendapat rahmat dariNya
Bertanggungjawab - melakukan kerja dengan penuh etika, bertanggungjawab dan amanah.
Sekiranya 4 perkara ini kita penuhi, insyaAllah kualiti kerja juga akan menjadi lebih baik. Selain mendapat pengiktirafan, kita juga berpeluang mendapat ganjaran ibadah seperti yang di janjikan. Perlu di ingat, kita membuat kerja bukan untuk mendapat balasan, tetapi kita membuat kerja untuk kita memakmurkan bumi ini.
Kesimpulannya, peningkatan prestasi kerja atau jaminan kualiti kerja bermula dengan hati yang suci dan bersih, serta niat yang baik. Bagi aku, ia turut mengingatkan aku juga, bahawa untuk menjadi pekerja yang baik, perlu rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Harap - harap, kita dapat renungkan dan cuba menjadi yang terbaik di masa akan datang. InsyaALLAH
2 tautan:
Motivasi yang berguna untuk diri ini... thanks(^_^)
jadikanlah pekerjaan yang ada sebagai suatu ibadah buat diri kita... kerja rajin2...(^_____^)
Catat Ulasan