Sesungguhnya ciptaan Allah SWT adalah sebaik - baik penciptaan, dan sesungguhnya tiada siapa yang mampu menandingi ketentuanNya.. Namun, disebalik penciptaan itu, terdapat banyak rahsia yang terkandung, yang mana belum tentu dapat diterokai oleh akal manusia.
Cuma, ilmu boleh di pelajari, bermacam macam cara, melalui pengalaman, kajian dan sebagainya. Samada tepat atau tidak, kita hanya meneroka, yang lain berserah padaNya.
Personaliti manusia ini banyak dikaitkan dengan beberapa keadaan, yang mana tahap kesahihan adalah diragui, tapi kita sebagai seorang yang berakal ini mampu berfikir secara rasional penemuan penemuan tersebut.
***************************************************
Aku cuba mencari personaliti aku mengikut berbagai - bagai kaedah.. Saja nak tau aku ni berada dalam kelompok manusia yang jenis macamane.. mungkin betul dengan personaliti aku, mungkin tak.. Jadi, aku nak mengenali diri aku sendiri berdasarkan 'kajian' orang lain..
Rahsia huruf pada namaku
S anda sangat broad-minded.U anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.K anda suka mencuba perkara-perkara baru.M kejayaan mudah datang kepada anda.A anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.W anda suka menyendiri.A anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.T anda ada sikap canggih, amat canggih.I anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
Boleh percaya ke tak, bagi aku ni saja suka - suka untuk pengetahuan.. Sesiapa yang nak cuba tahu apa rahsia nama dia, bolehlah layari link ini
"Indahnya nama menyimpan 1001 makna, sejauhmana kebenarannya hanya kita sahaja yang tahu siapa kita sebenarnya. Kita boleh menilai seseorang tetapi kita tidak berhak mengadilinya. Kerana kita juga punya kelemahan"
0 tautan:
Catat Ulasan