Ayahku adalah orang yang sangat aku sayangi, sejak kecil dia tak pernah sekalipun mengecewakan anak - anaknya, apa yang menjadi keperluan anak - anaknya selalu dia penuhi bagaimanapun beratnya.
Hari - hari tanpa ayah terasa tidak bererti lagi. Sedih rasanya membayangkan kalau aku harus kehilangan seorang ayah. Aku selalu membayangkan kalau suamiku kelak boleh menjadi seperti ayahku, tidak akanku sia-siakan dia seperti aku sia-siakannya semasa aku kecil dulu.
Aku tahu ayahku bukan seorang yang sempurna tapi itulah ayahku yang mempunyai kelebihan tersendiri dimataku. Bagi orang-orang diluar sana susuk tubuh seperti ayahku tak bererti apa-apa untuk mereka. Dia tidaklah dipandang sangat kerana bagi mereka ayahku bukan siapa-siapa.
Pendidikannya bukan setinggi ayah mereka yang kerja dibawah penghawa dingin yang berpeluang belajar hingga ke universiti tapi ayahku hanya lulusan Sekolah rendah sahaja. Bukan kerana ayahku malas, tetapi keluarganya tidak mampu membiayai persekolahannya. Dia terpaksa akur kerana dia anak yang patuh walaupun hatinya mungkin memberontak.
Dari kecil kerja keras adalah kegiatan sehari-harinya untuk membuat perut isteri dan anak-anaknya terisi walaupun bukan makanan mewah tapi bisa membuat keluarganya menjadi sejahtera sampai detik ini. Dulu kehidupan kami tidak seperti sekarang, dulu kami harus menabung wang belanja untuk bisa membeli baju sekolah sendiri kerana ayahku tak pernah mampu membelikan kami baju baru setiap tahun. Apatah lagi setiap bulan.
Kami dulunya buta IT, kami tak pernah kenal yang namanya handphone dan laptop kecuali dari pembelajaran disekolah. Dahulu barang itu sangat mewah bagi kami. Membayangkan untuk memilikinya saja belum tentu bisa kerana memikirkan dompet ayahku yang tidak pernah terisi untuk membelinya.
Tapi berjalannya waktu kehidupan yang cukup-cukup makan itu mampu berubah perlahan demi perlahan. Sekarang semua keluargaku bisa memiliki handphone masing-masing dan sekarang ayahku bisa membelikanku sebuah laptop. Walaupun tak mahal tapi bagiku itu sangat berharga sekali kerana titisan demi titisan keringat ayahku ada dilaptop itu.
Ayahku juga bukan orang hebat yang bisa membuatkan istana mewah untuk kami sekeluarga tapi dia mampu membuat rumah yang sederhana dan penuh cinta. walaupun rumah itu dibuat secara bertahap kerana terkendala budget tapi dia selalu berjanji kalau rumah itu akan jadi, aku berharap ayahku selalu sihat dan hidup sampai aku bisa membahagiakannya kelak seperti dia membahagiakanku dan keluargaku sampi hari ini.
..rumah yang kami diami sejak 1992.. |
..rumah yang bakal kami diami.. |
kereta buat ayah |
Dulu semasa kami semua masih kecil ayahku sanggup tidak membeli walau sehelai baju baru semata-mata untuk membelikan kami baju baru. Kini, sempena hari Ayah , kami menghadiahkan 4 helai baju baru untuk ayah. Ayah gembira sangat.. Aku menangis di dalam hati melihat dia gembira...
Ayah, kami sayang ayah.. Selamat Hari Ayah.
...ikhlas dari anak-anak yang menyayangimu..
Ayah bersama kakakku.. |
Renungan bersama
- Sayangi mereka selagi mereka masih ada
- jangan guris hati mereka, kerana sebenarnya, dalam kita tidak sedar, mereka bisa menangis kerana perbuatan dan tingkah laku kita
- jangan membelakangkan mereka dalam setiap keputusan yang kita buat
- janganlah kita menjadi penyebab mereka terjatuh semasa melalui titian ALLAH nanti (na'uzubillah)..sekadar renungan
0 tautan:
Catat Ulasan