QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
5 September 2011

Jika perpisahan bertamu


Saat demi saat 
Terlalu pantas menyusur waktu 
Meninggalkan jejak-jejak semalam 
Yang barangkali pahit untuk digamit 
Menukilkan kenangan 
Yang barangkali indah penuh kiasan 

Saat perpisahan bisa bertandang
Wajah kan sugul kepayahan
Lafaz kan tenat kelukaan

Sesungguhnya,
Air mata perpisahan itu
Sejernih embun di dedaun
Bak mutiara berkilauan
Menyingkap rahsia keiklasan


Buat adik-adikku..
Pergilah..pergilah ke negeri orang
Timbalah ilmu sebanyak mungkin
jadikanlah dirimu insan yang berilmu
biar kita miskin harta tapi bukan ilmu dan maruah..
Teruskan perjuanganmu dimedan ilmu..

Rumah ini akan sunyi dengan pemergianmu..

namun riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmizi dan al-Nisa'i daripada Abu Hurairah r.a ini mengikhlaskannya


"Tujuh golongan yang ALLAH akan naungi mereka di bawah naunganNya pada tiada hari naungan melainkan naunganNya sahaja.  Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH. Mereka berhimpun atau bertemu kerana ALLAH dan berpisahpun kerana ALLAH."







Doa kami disini semoga kamu di permudahkan olehNYA... Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang tua kita..Mereka mengharapkan yang terbaik dari kita...Renungilah mata mereka sewaktu melepaskan kita pergi untuk merentasai lautan China Selatan.  Di situ ada harapan yang mereka tidak dapat gapai sewaktu usia mereka sebaya kita...


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail