QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
5 September 2011

Seorang Ikhwan



Seorang IKHWAN baik akan menawarkan dirinya secara baik-baik pula. Tidak akan melakukan hal-hal yang sekiranya dapat melukai hati seorang akhwat dan mendatangkan murka ALLAH. Bukan dengan cara-cara yang tercela dan dilarang oleh syariat Islam yang mulia. Kerana ikhwan yang baik, tahu bagaimana harus memperlakukan pada seorang akhwat..

Dan ikhwan yang baik akan sangat berhati-hati dalam membawa HATI serta memikat hati, kerana ketakutannya dengan MURKA ALLAH. Dan ALLAH memuji orang-orang yang takut di dalam kalamNya dan menyanjung mereka..

Sesungguhnya ikhwan baik yang menjaga ALLAH dalam setiap hembusan nafasnya, akan memiliki tiga NIKMAT iaitu Mahabbah (Cinta), Khauf (Takut) dan Roja’ (Harap) di dalam hatinya..

Mereka tidak mengikut hawa nafsu dan syaitan. Mereka memiliki visi dan misi untuk selalu memperoleh REDHA ALLAH dengan mencari kebenaran yang tidak hentinya dan sentiasa berTAUBAT di setiap hembusan nafasnya..

Dia sentiasa memiliki KEINGINAN untuk bertaubat dan memperbaiki diri dengan menundukkan akalnya kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah..


p/s : Jika kamu menginginkan ikhwan yang BAIK untuk mengkhitbahmu, selalulah bertanya pada dirimu, pada hatimu “apakah diri ini sudah menjadi AKHWAT yang BAIK juga?"

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail