QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
18 Disember 2011

Indahnya pertemuan, Sebaknya Perpisahan



Perpisahan itu akan selalu ada, kerana kita pernah berjumpa, bersama, dalam senda tawa dan bahagia.  Setiap titis airmata yang tertumpah di hari ini, akan menjadi saksi atas jalinan ukhuwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya. 



Tak ada kata yang pantas terucap sahabat….. 
hanya derai bening yang selalu bertaburan, mengucap selamat jalan, teruskan perjuanganmu ke arah yang lain, ditempat yang baru, yang akan menjadi jarak pertemuan kita. 



Hari ini, jiwa dan naluri kita kembali terluka atas perpisahan raga.  Namun percayalah sahabat….. hati kita akan selalu terikat.  Jalinan ukhuwahnya akan semakin erat, semakin jauh ragamu melangkah, semakin hatimu mendekat. 



Tidak usah terlalu bersedih, sahabat….. berbahagialah, kerana engkau akan menemukan suasana yang baru, bukan disini lagi, tapi disana.  Cukuplah setiap kenangan yang telah kita tanam, akan menjadi kenangan yang tumbuh subur, menyemaikan benih-benih cita diantara kita.  Kerana kita tak harus disini, kita tak harus selalu bersama, kita harus meneruskan langkah ini, mungkin ke tempat yang lain, yang menanti kita sebagai seorang pendidik . 




Perkuat langkahmu sahabat….. yakinkan diri dan hatimu, hari esok pasti lebih cerah, hari esok adalah harapan yang harus diraih.  Pandang senyumannya yang lebar, tatap wajahnya yang ceria, Hari esok adalah bahagia.  Yakinlah sahabat, cinta dan cita kita selalu bersatu.  Kita akan bersatu selamanya, dalam cahaya persahabatan ini. 


Sahabat….. segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan kita raih, segala langkah yang akan kita ayunkan, yakinlah disana ada kejayaan yang menanti. Di sana ada keberkahan, dan di sana pasti ada cinta. 



Sahabat….. biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan dia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya.  Biarkan dia, kerana airmata tak bererti sedih, airmata tak bererti duka, airmata adalah juga lambang bahagianya hati.  Biarkan dia menemani kita di hari ini.  Biarkan…..Kerana dia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan. 




Sahabat….. selamat meneruskan langkahmu, selamat berjumpa lagi di tangga kejayaan, dalam senyum yang lebih indah…







2 tautan:

CHE ROSSLI berkata...

Sahabat tika senang dah susah.. eh dia ada kembar ke? confuse2

Qabsah Anisah berkata...

insyaALLAH...

bukan kembar.. tapi pelanduk 2 serupa agaknya...=)

Updates Melalui E-Mail