Jika ingin dikasihi,
belajar mengasihi,
Jika ingin dicintai,
belajar mencintai,
Jika inginkan pendengar yang setia pada permasalahan kita,
Belajar menjadi pendengar yang setia pada permasalahan mereka,
Jika inginkan teman yang baik,
Belajar menjadi teman yang baik,
Jika mendambakan suami yang soleh,
Belajar menjadi isteri yang solehah,
Jika hati inginkan kebahagian,
Belajar cara mendapatkannya,
Jika inginkan kejayaan,
Belajar dari kegagalan,
Hakikatnya semua yang kita inginkan tidak akan mungkin datang percuma tanpa diusahakan.
“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri”. surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11
yang paling penting semua itu diusaha kerana mengharap redha Allah..kerana hanya dia pemberi sebaik-baik balasan
0 tautan:
Catat Ulasan