QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
28 Ogos 2010

Say NO to couple !!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menegurmu teman, Atas tautan ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuh Nan Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an-nisa' Engkau sedia maklum, engkaulah hiasan dunia, lantaran fitrah itu, engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,Tetapi, itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi. Dan tentulah temanmu yang diimpi, seorang serikandi..Wahai temanku an-nisa' ,aku mengetahui halusnya perasaanmu.  Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai, engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai. Dan aku juga tahu, temanmu ar-rijal juga begitu..Tetapi temanku an-nisa' ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah!!!



Kalau benar engkau mengasihinya, kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah.  Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNYA, Engkau tak kan bisa, melunakkan soutul engkau, engkau tidak kan bisa melemparkan panahan menggodamu.  Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal. Dan engkau mengetahui, dia punya 9 akal, dan 1 nafsu. Namun nafsu itu sentiasa beraja. Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu, nafsu raja yang menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa' Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?Wahai temanku ar-rijal ,andai engkau mencintainya, cintailah ia keranaNya.  Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia. Andai engkau mengasihinya keranaNya, engkau tidakkan bisa,mengajaknya bermukah di taman sepi.  Kerana engkau tahu, dia punya 9 nafsu, 1 akal. Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu? Andai engkau mengasihinya keranaNya, engkau tidakkan bisa menyentuhnya walaupun yang ringan-ringan.  Kerana engkau tahu, itu sudah MENGHAMPIRI ZINA! Dan engkau tahu bukan? Zina tempatnya di api yang menjunam? Apakah engkau benar mengasihinya, andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA? Sahabatku an-nisa', sahabatku ar-rijal Aku mengasihimu LILLAH, Lantaran itu, dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH, Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?


Bercinta tak salah, Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yang hakiki, dan engkau akan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..Andai DIA yang engkau dahului, engkau takkan gelisah.  Andai dia tidak mengirim sebarang sms, andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata, engkau tidakkan rindu, andai sehari tidak bersua, engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan "I love you". Kerana engkau percaya..DIA yang terbaik..Lantaran DIA yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu.  Dan andai dia yang terbaik untukmu, DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya. Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN.  Dan itulah yg terbaik buat kalian…Kalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman, Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu, Tetapi aku membenci munkar itu. Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu, aku menegur yang mana mampu, Kerana aku takut, andai aku tidak menegurmu, kita akan sama-sama meredah lautan api...Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!Na'uzubillah min zalik…Sama-samalah teman. Pagarilah imanmu agar si iman itu tidak terlepas.  Cintailah Ia, kerana DIAlah penjaga iman kita..Yakinlah dengan Ia..Serahkan segalanya pada DIA..Kerana DIA tahu yang terbaik sedangkan kita tidak…….

Alllu'alam….Akhirul kalam Letakkan si DIA dalam hatimu, Engkau akan merinduiNYA.  Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanMu.  Engkau kan rindu, andai DIA tidak memandangmu.  Engkau kan tak keruan andai Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerna engkau yakin, Di sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yang Indah..Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakan erti bercinta yang sebenar Insya-ALLAH..

 NO "LOVE" BEFORE MARRIAGE!!! YA-ALLAH AMPUNILAH UMATMU YANG TERLEKA YANG SERING MELAKUKAN PERKARA LAGHA DENGAN HAMPIRI ZINA.. BERILAH KEAMPUNAN-MU KEPADA KAMI, SEKIRANYA KAMI TERLUPA BERILAH KAMI PERINGATAN..AMIIN YA RAB..

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail