QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
26 Ogos 2010

Tahun akhir kan, dah ada calon ke...?

Sedar atau tidak, sudah hampir 3 tahun saya bermusafir di bumi UiTM Shah Alam ini. Rasa seperti baru semalam mendaftarkan diri menjadi pelajar di UiTM ini. Tetapi pada saat ini, saya sudah berada di TAHUN AKHIR... Subhanallah.. pantas benar masa berlalu. Dan apabila berada di tahun akhir, soalan popular yang sering ditanya yang kadangkala membuatkan saya pening adalah....


"Kahwin nanti jemput tau... Tak lama lagi lar tu."
atau

"Bila nak kahwin ni?"
Dan yang seangkatan dengannya. Semuanya berkisar tentang kahwin, kahwin dan kahwin. Agaknya inilah simptom-simptom penyakit pelajar tahun akhir. Hmm... nak buat macam mane, hadap jer lar semua soalan nie. Jawapan standard yang biasa diberikan... "Tolonglah doakan yer.." Hehe.. Habis modal agaknya.

Namun apabila soalan yang lebih kurang sama ditanyakan oleh family sendiri, ia memang memeningkan kepala. Kadangkala terlintas juga kat hati,
"Dah tua sangat ke aku nie..?"
Tapi hasrat keluarga perlu saya raikan... Kadangkala layan juga lar soalan-soalan ini. Hasrat mama dan ayah yang inginkan anaknya untuk menamatkan pelajaran terlebih dahulu saya raikan. Kini, masa itu hampir tiba dan pasti akan tiba, jika ALLAH mengizinkan. Mujurlah mama dan ayah tidak terlalu kerap bertanya. Percaya jodoh anaknya akan sampai satu hari nanti. Cuma apabila diri diasak dengan soalan seperti
"dah ada pilihan ke?"
mulut bagai terkunci rapat ingin menuturkan kata-kata. Tidak sampai hati untuk mengatakan TIDAK atau BELUM BERSEDIA lagi atau TAK FIKIR LAGI. Walaupun riak wajah suci mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila soalan mereka itu dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan, tetapi saya dapat merasakan bahawa ada sedikit kerisauan dalam hati mereka.

Maka disini, dengarlah wahai ayah dan bondaku.. Bukan anakmu menolak perkahwinan.. Malah anakmu meletakkan pernikahan itu di martabat yang begitu tinggi dalam menggapai Redha ALLAH.. Pernikahan bagi anakmu ini adalah satu wasilah dalam menyemai benih-benih redha ALLAH sekali gus menjadikan ianya jambatan menuju syurgaNya. Pernikahan bagi anakmu adalah satu medan tarbiyyah yang maha hebat, yang memerlukan persiapan diri dalam membentuk keluarga yang disulami suasana solehah, mendidik bakal-bakal mujahid dan mujahidah untuk menginfaqkan diri demi Islam, persiapan diri ini dalam menjadi pendamping serta pembantu pada sayap kiri perjuangan seorang suami. Pernikahan juga bagi anak mu ini wahai ayah dan ibunda ku adalah satu medan yang penuh dengan pengorbanan kerana anakmu ini tidak mahu menjadi pembantut kepada langkah dakwah seorang insan yang bernama suami. Malah anakmu amat berharap agar dengan terbinanya baitul muslim nanti, anakmu dan suaminya akan sama-sama disibukkan dengan kerja-kerja Islam. Wahai ayah dan ibundaku, Rasulullah s.a.w telah menggariskan beberapa panduan dalam memilih kriteria-kriteria pasangan hidup. Dan kriteria agama sangatlah ditekankan oleh baginda. Sepertimana sabda baginda dalam hadis yang cukup mahsyur ini,

"seorang wanita dinikahi kerana empat sebab : hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi." [Sahih Bukhari]


Ketahuilah wahai ayah dan bondaku, usaha anakmu untuk ke arah gerbang pernikahan bukanlah dengan cara yang sering dipertontonkan di akhir zaman ini. Tidak ada lelaki yang akan ku bawa pulang untuk diperkenalkan sebagai teman istimewa kepada ayah dan bonda. Itu bukanlah cara anakmu dalam mempersiapkan diri ke arah membina baitul muslim. Biarlah orang mengatakan anakmu ini kolot atau tidak moden sekali pun, namun ketahuilah bahawa anakmu ini bahagia dengan apa yang diyakininya. Usaha anakmu kini ialah dengan mensolehahkan diri agar sentiasa berada atas landasan syariat yang diredhaiNya.. Dan semestinya, doa daripada kalian amatlah diharapkan dalam mengharungi hidup ini.


Buat yang mengalami situasi sama seperti saya, janganlah menunjukkan yang anda terlalu tertekan ketika berhadapan dengan 'hentaman' soalan-soalan tersebut. Jalan selamat, senyum jer lah. Lagi pun, senyum tu kan sedekah. Teruskan dalam usaha perbaiki diri, dan yang paling penting letakkan sepenuh pengharapan dan kepercayaan pada ALLAH.. Sentiasa perbaiki hubungan dengan ALLAH S.W.T dan sentiasalah menjaga hati agar tidak terlalu melayan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.. Jodoh itu rahsia ALLAH. Yakinilah bahawa bila tiba waktu itu, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat. Perkukuhkan diri kalian dengan benteng sabar dan taqwa kepada Ilahi..Wallahualam..


Al-Faqir Ila Rabbihi,
Nur Ilyani bt Abdul Ghafar

ledakan mujahidah: Syukran ukhti....kerana penyampaianmu ini... 

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail