QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
24 Ogos 2010

Diari : Macam-macam

Alhamdulillah...aku menulis bukan kerana nama. Tapi menulis untuk menguji upaya untuk di kongsi bersama.. Inilah ayat salah seorang sahabat blogger aku. Sekadar pembuka bicara. Raya pun dah makin hampir. Tapi, pengisian Ramadhanku terasa begitu sedikit sangat.  Takut juga Ramadhan ini memang Ramadhan terakhir buat aku.

Berbalik dengan apa yang ingin aku coretkan...







ALLAH menguji tandanya DIA sayang.  Bertemu dengan orang yang aku sendiri tidak ingin bertemu memang ujian buatku.  Apa lagi untuk berkenalan dengan lelaki semacam itu.  Memang bukan impian. Maaf jika aku berkata demikian.  Tapi jangan jadikan agama untuk berkenalan ataupun untuk membuka ruang-ruang syaitan.  Bunyinya macam jual mahal.  "Ya ALLAH, Aku Tak ingin Sendiri"..  Mungkin tajuk buku yang ditulis oleh Burhan Sodiq ni boleh menggambarkan perasaan dalam hati.  Namun, aku lebih rela menyendiri dari bergelumang dengan dosa-dosa kering yang  sengaja dicipta sendiri jika aku terjebak...

Tak tahu macam mana nombor handphone ni boleh jatuh ke tangan orang yang tidak di kenali.. Nak berkenalan... oh tidak! Aku bukan jenis yang sedemikian.  Mengapa sanggup jatuhkan maruah?  Menceritakan hal-hal berkaitan diri dengan aku? Aku tak ingin mengetahuinya. Aku tak berminat untuk itu.  Aku dah lali dengan sms yang macam tu. Mujurlah ada sahabat- sahabat yang sudi membantu. Terima kasih Huda.. Kerana peristiwa hari ini...  Memang terhibur aku dirimu setegas itu.  Biarlah cerita yang sebenarnya menjadi peristiwa kami.... Macam-macam...

Hidup ini terlalu singkat...dan hidupku memang semakin singkat..yaaa hidupku semakin menghampiri mati...

Andainya ALLAH jadikan kematian itu terbaik buatku, aku redha....


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail