Sedang kaki ini melangkah di atas titian kayu
menuju ke jeti untuk kembali ke bandaraya Kota Kinabalu, tiba-tiba ada seorang
kanak-kanak menyapa aku.
Assalamualaikum ustazah
Sambil tersenyum ku membalas salam
kanak-kanak itu.
Wa’alaikum salam. Hati-hati jalan
Bye ustazah…
Bye.. =)
********************
Begitulah serba sedikit nak aku kongsikan
pengalaman aku bila aku memilih untuk memakai tudung seperti sekarang
Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah mengenai hak seorang wanita MUSLIMAH
..
Jangan takut dilabel sebagai
"ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang
berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah :)
Kata-kata ini sebagai penguat jiwa kepada
mereka yang bertudung besar dan labuh tetapi bukan bidang atau jurusan
pendidikan Islam. Ramai yang suka "mengejek-ejek" dan mengatakan
bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah.
Memanglah hakikatnya tidak salah digelar
sebegitu, tetapi aku ingin mengatakan
bahawa untuk bertudung besar dan labuh,
ia adalah hak untuk setiap muslimah. Jangan takut digelar "ustazah".
0 tautan:
Catat Ulasan