Bila sebut pasal tabika, yang orang ramai
nampak adalah bangunan yang berwarna-warni dan budak-budak yang bersih dan
wangi. Ramai yang tidak tahu bukannya semua tabika macam tu. Lebih-lebih lagi
kalau Tabika tu dibawah projek NKRA. Serba serbi dengan kekurangan. Tabika yang tidak dilengkapi dengan tandas,
elektrik, air dan dapur memang cukup menguji kami di dalam mendidik kanak-kanak
dalam mengenal ilmu.
Dulu sebelum aku menjejakkan kaki ke pulau,
bermacam-macam yang bermain di fikiranku.. Tentang kanak-kanak pulau, suasana
pulau.. Gerun aku rasakan. Tentu kanak-kanak pulau dan darat berbeza. Namun ia
tidaklah seperti apa yang aku sangkakan.
Kanak-kanak pulau pun comel-comel juga. Cuma , biasalah, masalah kulit
dan kebersihan. Kalau boleh diberi bintang, aku akan bagi 3/5 bintang. Not bad
right? =)
Bayangkan kalau kita ada 100 orang pelajar
sudah pasti kita ada 100 orang kanak-kanak yang bermacam ragam dengan 100 orang
mak dan 100 orang bapa yang perangai mereka lagi lah memeningkan kepala. Susah
nak terangkan. Kita cakap A, dia cakap B….
=)… Terutamanya kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara. Macam aku, dari 27 orang kanak-kanak 13 orang
berstatus bukan warganegara. Amat rumit
nak urus. Terutamanya dalam tuntutan
makan, GPK, buku, baju, … Tapi bila difikirkan, apalah dosa kanak-kanak ini..
Mereka juga mempunyai hak dalam menuntut ilmu.
Akhirnya aku relakan. Kerana setiap kanak-kanak mempunyai rezeki
masing-masing.
Sememangnya kita tidak dapat nak memuaskan
hati semua manusia yang menghantar anaknya kepada kita. Apa pun dengan keadaan
anak yang pada awalnya menulis dan membaca pun tak tahu tetapi akhirnya boleh
menguasai membaca, menulis dan mengira pada pandangan saya itu sudah lebih dari
cukup. Masyarakat tidak tahu dan sengaja tidak mahu ambil tahu akan peranan
seorang guru tabika. Adakalanya guru-guru tabika ni langsung tidak di hargai
(ye ke?). Kalau di perhatikan mereka inilah yang telah bersusah-payah mendidik
anak-anak sedari usia muda.
Selama 5 bulan aku menceburi diri dengan mengajar kanak-kanak ini dan yang paling aku suka ialah telatah mereka. Pernah seorang kanak-kanak berbisik sesuatu dengan aku dalam bahasa mereka, Bajau Ubian ( walaupun sebenarnya aku tak faham apa-apa=) ) datang lagi seorang kanak-kanak. Caranya macam ingin berbisik sesuatu juga denganku. Ku rendahkan diri supaya mudah baginya membisikkan apa yang ingin dibicarakan. Namun andaianku silap. Rupanya dia datang dan terus mencium aku di pipi.. kanak-kanak lain terus bertepuk tangan.. blur aku dibuatnya…. =)
Awal persekolahan selalunya memang menjadi
masalah kerana masa itu lah mereka di pisahkan dari rumah dan untuk ke tempat
baru bukan semua murid boleh menerimanya. Walaupun tugas mendidik ini
sememangnya berat tetapi aku suka melakukannya. Aku rasa puas apabila aku
berjaya membuat kanak-kanak ini membaca. Semasa mengajar mereka aku dapat rasakan
bahawa mereka ni bukanlah bodoh cuma tidak kena dengan kaedah itu saja… =)..
aku pun masih belajar untuk mengajar menggunakan pelbagai kaedah.
Duduk dengan budak-budak ni membuatkan aku merasa semakin hari aku semakin muda dan tidak pernah merasa umur ni semakin hari semakin meningkat. ( ^_^ )
0 tautan:
Catat Ulasan