Agama
Islam amat menitik beratkan soal penutupan aurat bagi setiap umatnya. Media
massa hari ini juga sering mengwar-warkan kempen penutupan aurat ini.
Terutamanya penutupan aurat bagi kaum Muslimah.
Tetapi
apakah kesan daripada itu, adakah ramai mengambil iktibar daripada kempen itu,
atau ianya sekadar maklumat tambahan yang harus didengar sahaja tanpa ada
sebarang tindak balas terhadapnya? Seperti kata pepatah "umpama
mencurahkan air ke daun keladi" Begitulah simboliknya jika maklumat yang
disampaikan itu tidak diambil peduli oleh yang mendengar.
Kamu
ingin tahu kenapa lelaki tidak mendekati diri kamu?
kerana sebenarnya dia
segan untuk mendekati perempuan yang menjaga auratnya, mana mungkin dia dapat
bertegur dengan galak sedangkan dia tahu kamu bukan seperti perempuan
kebanyakan sebab itulah dia berurusan atas dasar kerja sahaja.
Kenapa kamu tidak dapat perhatian lelaki?
bukan kerana kamu tidak cantik
tetapi disebabkan penampilan menutup aurat kamulah menyebabkan lelaki tidak
memandang kamu dengan berlebihan. Kamu risau kerana tidak pandai bersosial, itu
adalah sebaiknya kerana Islam melarang wanita keluar dari yang bertujuan untuk
perkara yang tidak bermanfaat. Jadi adalah elok bagi kamu berada di rumah dan
menyiapkan tugasan kamu.
Kamu merasa kamu tidak cantik dan berasa rendah diri kerana penampilan
kamu yang agak ketinggalan zaman?
Sebenarnya tidak, pemakaian sebeginilah yang
dituntut syarak. Dalam hadis ada menyatakan: "Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan
dan amalan-amalan kamu" Biarpun pakaian luaran tidak cantik tetapi pakaian
dalaman itu yang harus dicantikkan dahulu kerana Allah menilai hati kamu bukan
paras rupa.
Jadi
kamu tidak perlu bersusah-payah berusaha mencantikkan diri bagi memancing mata
lelaki untuk, tetapi hiasilah diri kamu dengan akhlak yag mulia mengikut acuan
A-Quran dan As-Sunnah. Ini sudah pasti dapat membiaskan kecernihan pada wajah
kamu secara langsung mejadikan kamu bukan sahaja cantik luaran tetapi dalaman
juga."
Kamu
bimbang jika tidak mencari pasangan sekarang kamu tidak akan berkahwin?
Jawapannnya tidak. Bukankah kamu yakin dengan janji Allah menerusi firmanNya
yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."
Jika
kamu menjauhi percintaan sebelum kahwin ini juga dapat mengelakkan dirimu
daripada berlakunya penzinaan. Bertepatan dengan sabda Rasulullah yang
bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."
Di
sini jelas bahawa Allah telah mengaturkan pasangan yang sesuai bagi setiap
umatNya.
"Usah bersedih, ini adalah hikmah di sebalik
apa yang kamu pertahankan selama ini." Maksud mempertahankan di sini ialah
mempertahankan memakai pakaian menutup aurat, tidak mudah terikut dengan cara
pemakaian rakan-rakan yang lain. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan
diikutkan sahaja gelojak nafsu berbisa itu. Dan hikmahnya ialah diri ini dapat
terhindar daripada segala kemungkaran.
Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa menerusi pemakaian yang
menutup aurat seperti bertudung labuh dan berjubah inilah yang akan menjamin
pembentukan sakhsiah diri yang mampu menjadi benteng segala kemungkaran. Pasti
ramai yang akan mengatakan pakai tudung labuh dan berjubah pun belum tentu
hatinya baik. Tetapi jika wanita yang berpakaian sebegini benar-benar menjaga
batas-batas yang digariskan syarak sudah pasti akan menggapai martabat wanita
solehah disertai dengan perhiasan akhlak yang indah. Ini kerana dari pemakaian
luaranlah yang akan membentuk peribadi akhlak dalaman.
sumber asal : I luv Islam
0 tautan:
Catat Ulasan