Terasa semangat exam makin luntur..kenapa tidak, jarak antara paper ke-3 dengan paper last hampir 2 minggu..Masya ALLAH...kenapa semangat sebegini hadir lagi..mungkin kerana bilik depan, kiri dan kananku sudah tidak berpenghuni lagi. Syukur aku bukan berada di kolej Mawar mahupun Melati. Kalau tidak pasti terasa seperti tinggal di gua. Hanya berpenghunikan kucing-kucing. Kadang-kadang 'mereka' hadir dari arah belakangku tanpa di pinta.. minta di belai...fuhhh. kadang-kadang menyeramkan juga ..
Pada 14 hb ni last paper..Management Accounting..Esoknya pula presentation projek tahun akhir... Kadang-kadang rasa semacam je nak present depan panel dan examiner. Takut program tak run pada hari yang di nantikan itu...
Teringat aku pesanan supervisor ku semalam "buat baik-baik naa, biar dapat A ataupun A+ untuk paper ni"..InsyaALLAH..memang itu yang aku harap-harapkan. kerana paper ni pun dah 4 jam krdt.. Naik turunnya GPA dan CGPA akan banyak di pengaruhi oleh paper ni.
Sebab presentation ni di tukar pada saat akhir, tarikh penerbangan pada 16hb aku terpaksa di tunda. Tunda pula bukan alang-alang.. 29 hb.. (~_~) Apa-apapun aku yakin ada hikmah semua ini...
:: Doakan kejayaanku ::
0 tautan:
Catat Ulasan