QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
21 November 2010

Muslimah, tak salah berilmu

Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yang telah baligh dan berakal (mukallaf). Ini jelas dari hadis yang bermaksud:
 "Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan." (Hadis riwayat Ibnu Adi dan Baihaqi)
Mengajar agama wanita dan anak-anak adalah satu kewajipan orang-orang Islam yang berilmu. Ini jelas dr suruhan Nabi s.a.w: "Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah bersama mereka" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Malahan Nabi s.a.w memenuhi permintaan wanita untuk mengadakan pengajian yang khusus bagi mereka. Ini jelas dari hadis riwayat Abi Saiid al-Khudri yang berikut: 
suatu hari seorang wanita datang berjumpa baginda s.a.w lalu berkata "Orang-orang lelaki mendapat hadis daripadaMu. Oleh kerana demikian kami nak minta supaya diperuntukkan hari untuk kamu mengajar kami daripada Ilmu yang telah Allah ajar padamu." Nabi s.a.w menjawab "Berhimpunlah kamu semua pada hari sekian-sekian dan ditempat sekian-sekian." Maka para wanita berhimpun pd hari dan tempat yg telah ditetapkan lalu Nabi s.a.w datang mengajar mereka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Daripada hadis ini kita dapat mengambil rumusan bahawa :-
  1. Kesungguhan dan rasa cemburu dalam menuntut Ilmu.
  2. Membuat pengajian khusus untuk wanita.
  3. Kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu agama bagi Wanita.


Wanita hendaklah bersungguh-sungguh mnuntut ilmu serta tidak segan silu atau malas untuk bertanya tentang perihal agama mereka kepada orang yang alim. Hadis dibawah menunjukkan kepada yang demikian:- 
Suatu ketika Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata "Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran . Adakah wanita wajib mandi jika dia bermimpi ?" Nabi s.a.w berkata, "Ya, jika dia melihat ada air mani."(Hadis riwayat Bukhari)

Menuntut ilmu hendaklah dengan pergi ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar membaca atau melayari internet. Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar" Ulama berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dari mulut-mulut para ulama (maksudnya kena pergi sendiri majlis ilmu)". Nabi s.a.w pun pergi sendiri menuntut ilmu dengan gurunya Jibril di gua hira'.
Jadi mengapakah anda malas untuk pergi majlis Ilmu?? Majlis ilmu adalah taman syurga seperti yg disebut dlm hadis Sohih.

Ilmu yang wajib dituntut setiap manusia adalah Ilmu Fekah, tauhid dan tasauf.

Rujukan: Riadus Solihat oleh Badawi Mahmud syeikh.

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail