QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
21 November 2010

Sekadar renungan..buat yang masih mencari...

Hayati kata2 dari seorang hamba ALLAH ini.. :

"Aku inginkan seorang zaujah buat diriku,yang mana bukan sekadar zaujahku, tapi sebagai pakaianku, pakaian yang tiada koyaknya,tiada kotornya..


Aku inginkan seorang zaujah, yang mana cintaku padanya,hanya kerana cintaku pada ALLAH.  Kasihku padanya,hanya kerana kasihku pada ALLAH.  Begitu juga dengan dia..makin dekat aku dengannya,makin dekat aku dengan ALLAH.  Semoga cinta dan kasihku padanya,menambahkan lagi cinta dan kasihku pada ALLAH..

Impianku,aku nak bersama dengan zaujahku nanti,berjuang di jalan ALLAH.  Aku inginkan dia temaniku dalam tiap liku-liku hidup ini  Aku mengimpikan di akhirat kelak,masih dapat aku kekalkan rasa cintaku pada zaujahku,di depan ALLAH,dan aku inginkan cinta itu hadir bersama cinta pada ALLAH.  Aku inginkan rindu itu hadir,bersama rindu pada ALLAH..kerana tiada yang lebih indah bagi diriku, selain seorang isteri yang solehah, lagi bertaqwa..yang bersama denganku,menuju ALLAH, yang bersama denganku mencari cahaya itu..aku inginkan zaujahku nanti, bukan hanya sayangkan aku untuk hidup kerana ALLAH, bahkan dia juga mengimpikan aku mati kerana ALLAH.  Sentiasa mendoakan matiku kerana Islam,kerana tiada yang terindah menjadi muslim,selain mati kerana ALLAH..dan takkanku hentikan perjuangan ini,selagi dua kaki ini,tidak menjejak pintu syurga.."



Jadi sahabat-sahabat,saya nak sahabat-sahabat sekalian fikirkan,apakah muslimin atau muslimah pilihan hati sahabat sekalian,adalah pilihan hatimu sahaja tapi,pilihlah bukan kerana hatimu sahaja sahabatku,tapi kerana agamamu..yakinilah,tiada sebaik-baik insan,selain insan yang benar-brnar bertaqwa pada ALLAH,yang mencintai dirimu sahabat-sahabatku kerana Islam.  Kerana ketahuilah,jika takdir,suatu hari kelak dia jemu padamu,dia tetap tidak akan mensia-siakanmu,takkan menganiayaimu,kerana agmanya menghalangnya dari berbuat yang demikian..sesungguhnya,Rasulullah telah berikan kita,sebaik-baik petunjuk dalam memilih muslimin atau muslimah idaman..

w/hu'alam

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail